LUAHAN hati pelakon Kamal Adli mengenai kerinduan terhadap anaknya mendapat perhatian netizen dan peminat.
Menerusi perkongsian di Instagram pada Sabtu, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, memuat naik video memaparkan dia meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Dalam hantaran tersebut, Hawra dilihat sedang berlari-lari di kawasan lapang serta berlari memeluk Kamal sambil tersenyum.

Video yang dikongsikan Kamal.
"Tiada apa, cuma rindu," tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan sejak pergolakan rumah tangga bersama pelakon Uqasha Senrose, Kamal dilaporkan sudah tidak tinggal bersama anak perempuannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar jodoh pasangan itu masih kuat selain berharap Kamal tidak putus asa untuk memujuk isterinya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli rindu… Nafi curang, mengasari isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘berkampung’ di IG Uqasha Senrose beri kata semangat, Kamal Adli ucap terima kasih
Namun ada juga peminat yang mendakwa Kamal sudah lama tidak bertemu dengan anaknya.
"Sedihnya, ini macam video lama. Kalau tak bagi jumpa pun jangan pisahkan anak dengan ayah.
"Sampai tak boleh jumpa anak ke? Anak perempuan ini manja dengan ayah dia.
"Anak perempuan tak boleh berpisah dengan ayah dia walau apa pun. Semoga lembut hati Uqasha terima Kamal semula," antara komen netizen.

Antara komen netizen yang bersimpati dengan Kamal.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Uqasha dan Kamal menjadi perhatian ramai apabila aktres berusia 33 tahun itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu pasangan itu dikurniakan anak perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


