PELAKON Kamal Adli menzahirkan penghargaan terhadap peminat dan netizen yang tidak henti memberikan kata-kata semangat kepadanya susulan berdepan kemelut rumah tangga dengan isteri, aktres Uqasha Senrose.
Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, meluahkan rasa terharu atas keprihatinan dan sokongan diterima.
Malah kata Kamal, dia terbuka untuk bergambar bersama netizen sekiranya mereka bertemu di luar.

Perkongsian Kamal di Instastory miliknya.
"Netizen, korang memang sweet.
"Kalau jumpa mana-mana kita selfie okay," katanya.
Kamal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli hadiahkan Uqasha Senrose telekung, akur arahan dilarang dekati isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘berkampung’ di IG Uqasha Senrose, sampaikan pesanan cinta daripada Kamal Adli
Pada Selasa, Kamal dalam kenyataannya kepada mStar merayu agar orang ramai tidak menulis sebarang komen negatiff terhadap Uqasha, sebaliknya meminta agar segala kecaman dan kritikan ditujukan kepada dirinya sahaja.
Aktor berkenaan mengakui masih menyayangi isteri dan anaknya serta berharap rumah tangga mereka diselamatkan.
Susulan kenyataan tersebut, ruangan komen di akaun Instagram Uqasha dibanjiri dengan pesanan penuh kasih dan doa daripada netizen.

Kamal menghargai sokongan netizen.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
Uqasha dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


