suria

“Akan aku ceritakan betapa menderita punya suami” — Zehra Zambri kongsi rasa bergelar ibu tunggal

Hantaran Zehra mencuri tumpuan pengikut media sosial.

PERKONGSIAN ringkas penyanyi Zehra Zambri tentang statusnya sebagai seorang ibu tunggal turut memberi bayangan seolah-olah dia pernah menderita ketika masih bergelar isteri.

Biarpun hanya menulis kapsyen pendek, namun apa yang diluahkan itu menggambarkan pengalaman yang dilaluinya sebelum sah bercerai.

“Kalau mereka kata betapa hina dan rendahnya jadi janda atau ibu tunggal, maka akan aku ceritakan betapa menderitanya punya suami,” katanya.

Luahan Zehra seperti memberi gambaran derita yang pernah dilalui. 

Zehra menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (Instastory) miliknya pada Rabu.

Kapsyen berkenaan diluahkan bersama video dirinya yang kelihatan sedang memandu seorang diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suami 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada maaf, tiada rujuk! Zehra Zambri sudah cukup derita… Kini fokus pada anak

Video tersebut juga menggunakan latar hitam putih.

Untuk rekod, Zehra, 38, sah bercerai talak satu dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin pada 20 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain