Mohd Nazri didakwa merempuh motosikal Muhammad Zaharif Affendi dengan keretanya, sehingga menyebabkan kematian pelajar Tingkatan Lima itu.
JABATAN Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan ke atas seorang pegawai kanan polis bagi kes kematian pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan rayuan berhubung pertuduhan pindaan menyebabkan kematian itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada minggu lalu. Ujarnya, ia antara lain bertujuan meneliti kemungkinan mengembalikan pertuduhan asal terhadap tertuduh iaitu membunuh."Pihak pendakwaan berhasrat untuk teliti keseluruhan aspek, sama ada bawa hujah bagi mengembalikan kepada pertuduhan asal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, Kota Bharu, pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Kes pelajar diseret Perodua Ativa, pegawai kanan polis terlepas hukuman mati... Pertuduhan membunuh ditukarmStar pada 28 Oktober lalu melaporkan, pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 47, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, selepas pertuduhan membunuh pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dipinda kepada menyebabkan kematian tanpa niat.Mohd Nazri, 47, turut diperintah membayar pampasan RM50,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh sebaik pertuduhan pindaan dibacakan pada akhir kes pendakwaan. Datuk Bhupindar Singh meminda pertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, kepada Seksyen 304(b) kanun sama.Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh bagi kesalahan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.