suria

Tidak pernah rasa trauma, Amad kini sudah sihat

Amad tetap bersemangat untuk menyanyi.

KEJADIAN rebah ketika beraksi di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada 12 Oktober lalu tidak pernah mematahkan semangat penyanyi muda, Amad untuk meneruskan kerjaya seni. 

Kata Amad atau Ahmad Dayyan, 16, keadaan kesihatannya sudah semakin baik dan tidak  pernah wujud rasa trauma untuk membuat persembahan pentas. 

"Saya sekarang sudah semakin sihat dan kerja seperti biasa. Buat masa ini tiada pun rasa trauma," katanya ringkas kepada mStar. 

Saerah sentiasa pastikan keadaan kesihatan Amad baik. 

Sementara itu menurut pengurusnya Siti Saerah yang juga merupakan seorang penyanyi, kejadian itu menjadi iktibar buat mereka supaya lebih berhati-hati. 

Malah dia juga tidak mahu meletakkan kesalahan ke atas mana-mana pihak selepas kejadian tersebut. 

"Apa yang berlaku sebenarnya tidak dijangka. Sekarang kita siapkan diri.Dalam dunia ini kita tidak tahu niat orang baik atau buruk.

"Saya sentiasa ajar diri sendiri dan anak-anak untuk tidak ada rasa benci atau iri terhadap orang lain. Sentiasa berterima kasih atas apa yang orang lakukan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amad rebah atas pentas TTMM, satu dewan cemas 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saerah bangga lihat anak nyanyi lagu ‘Negaraku’ di MotoGP, tak sentap dengan komen negatif

"Sebagai umat Islam pelindungan untuk diri sendiri itu perlu. Kena ambil iktibar dan ia dijadikan pengajaran untuk masa akan datang," ujarnya. 

Dalam masa sama Saerah juga memilih untuk tidak lagi memberi sebarang komen lanjut tentang kejadian yang berlaku di sebuah dewan. 

Apa yang penting baginya adalah kesihatan Amad yang kini semakin baik sekali gus dapat kembali meneruskan kerjaya nyanyian. 

Saya sekarang sudah semakin sihat dan kerja seperti biasa

AMAD 

PENYANYI 

"Tak perlu saya bercakap benda yang sudah lepas. Kalau ulas mungkin ada spekulasi lain. Apa yang perlu saya buat sekarang adalah untuk masa depan Amad. 

"Amad terima tawaran kerja seperti biasa. Selagi ia tidak mengganggu jadual sekolah, saya okay sahaja," jelasnya. 

Sebelum ini ketika tampil di pentas akhir TTMM, Amad kelihatan tidak bermaya sewaktu berdiri untuk bersedia membuat persembahan.

Saerah susun jadual Amad supaya tidak ganggu persekolahan. 

Keadaan dalam dewan menjadi cemas apabila pihak produksi naik ke atas pentas dan kemudian mendukung Amad ke belakang.

Beberapa minit kemudian, Amad kembali tampil membuat persembahan termasuk nyanyian duet bersama Nadeera dengan lagu Bukan Lagi Kita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain