suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amad rebah atas pentas TTMM, satu dewan cemas

Amad pengsan sebelum lakukan persembahan di TTMM.

ANAK kepada penyanyi Siti Saerah iaitu Ahmad Dayyan tumbang semasa berada di atas pentas untuk melakukan persembahan di Grand Finale Talk To My Manager yang berlangsung pada malam Ahad.

Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Amad, 13, kemudian diangkat oleh pengurus pentas dan diiringi bapa tirinya untuk dibawa ke belakang pentas.

Kejadian itu membuatkan ibunya cemas dan hampir menitiskan air mata sambil ditemani beberapa rakan manager lain.

Amad pengsan sebelum mulakan persembahan.

Ketika berdiri untuk bersedia membuat persembahan kelihatan Amad berada dalam keadaan tidak selesa sebelum pihak produksi masuk dan kemudian mendukungnya ke belakang pentas. 

Malah seluruh Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bergema memanggil nama Amad sebagai tanda sokongan kepadanya.

Selepas beberapa minit dia tampil semula membuat persembahan dalam keadaan menangis dengan menyanyikan lagu Cinta Kerna Cinta yang dipopularkan Judika.

Sepanjang persemabahan Amad turut dipeluk oleh Datuk Aznil Nawawi dan ibunya sebagai tanda sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Talk To My Manager tambah seminggu lagi, Thalita dikuarantin kerana influenza

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim tak berat sebelah, beri ulasan jujur pada peserta TTMM... Semua gugup kecuali Marsya

Selain Amad, lima peserta lain turut merebut gelaran juara Tahlita, Marsya, Hadie, Ammar dan Auddra.

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal serta juri jemputan Datuk Syafinaz Selamat

Dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi, TTMM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim di Astro Go pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

TTMM turut dimeriahkan dengan penampilan kumpulan Alpha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain