suria

Marsya juara TTMM, Liza Hanim sebak tumpang rezeki anak

Selepas lapan minggu bersaing, Marsya diumumkan sebagai juara TTMM.

BAGAI menepati ramalan, anak kepada penyanyi Liza Hanim iaitu Marsya Qistina bergelar juara Talk To My Manager (TTMM) musim pertama yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kemenangan Marsya itu sekali gus menewaskan lima peserta lain iaitu Thalita, Amad, Hadie, Ammar dan Auddra.

Marsya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi dan sebuah single baharu.

Thalita muncul sebagai Naib Juara TTMM.

Dalam kemenangannya, Marsya meluahkan rasa syukur serta dilihat mengalirkan air mata dan sebak sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang program tersebut.

"Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini, terima kasih kepada semua yang nampak potensi saya dan mama," luahnya.

Ibunya pula, dengan sebak memberitahu dia menumpang rezeki anaknya memandangkan selama ini tidak pernah menang dalam mana-mana pertandingan.

"Mama tak pernah menang apa-apa, ini rezeki yang awak bawa, terima kasih semua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amad rebah atas pentas TTMM, satu dewan cemas

ARTIKEL BERKAITAN: Talk To My Manager tambah seminggu lagi, Thalita dikuarantin kerana influenza

Pada Grand Finale, Marsya membawa lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian asal Aina Abdul.

Bagi pusingan duet,  Marsya tampil membuat persembahan bersama Aisha Retno dengan lagu berjudul Lay Me Down yang  dipopularkan oleh Sam Smith.

Naib juara pula dimenangi oleh pasangan Shuib dan Tahlita yang berjaya memenangi RM15,000 dan trofi.

Tempat ketiga pula disandang oleh  Sharifah Shahirah dan Auddra yang membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Auddra dan Sharifah Shahirah berada di kedudukan ketiga.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Ameng dan Ammar  serta tempat kelima Ina Naim dan Hadie masing-masing membawa pulang RM5,000 dan trofi.

Selain itu, Siti Saerah serta Amad hanya berpuas hati dengan kedudukan keenam membawa pulang RM3,000 dan trofi.

Sementara itu, Anugerah Gempak Most Valuable Manager dimenangi oleh Sharifah Shahirah dengan membawa pulang boucer membeli belah. 

Ammar, Hadie dan Amad menduduki tempat keempat, kelima dan keenam.

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim serta Datuk AC Mizal serta juri jemputan Datuk Syafinaz Selamat

Dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi, TTMM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim di Astro Go pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

TTMM turut dimeriahkan dengan penampilan kumpulan Alpha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain