suria

Netizen ‘berkampung’ di IG Uqasha Senrose, sampaikan pesanan cinta daripada Kamal Adli

Ramai peminat berharap Uqasha dan Kamal kembali berbaik.

SUSULAN permintaan pelakon Kamal Adli agar orang ramai tidak meninggalkan komen negatif terhadap isterinya, Uqasha Senrose, ruangan komen di akaun Instagram (IG) aktres itu kini dibanjiri dengan pesanan penuh kasih dan doa daripada netizen.

Rata-rata pengikut menyatakan rasa simpati terhadap pasangan berkenaan dan berharap Uqasha memberi peluang kepada suaminya untuk memperbaiki hubungan rumah tangga yang sedang bergolak.

Menerusi pemerhatian mStar, ruangan komen di Instagram Uqasha dibanjiri komen positif selain ada yang menyampaikan pesanan daripada Kamal dalam temu bual bersama  media di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Kamal masih sayangkan Uqasha.

“Saya nak sampaikan pesanan dari suami Uqasha… Dia cakap ‘Kamal love you’. Yang benar, netizen.

“Saya hadir nak sampaikan amanat dan pesanan, Kamal sayangkan Uqasha dan Hawra.

“Kamal betul-betul ikhlas sayangkan awak (Uqasha) dan Hawra. Harap awak dapat pertimbangkan semula dan bincang elok-elok dengan Kamal,” tulis netizen.

Tidak hanya itu, beberapa pengguna lain turut menzahirkan rasa kasih dan sokongan buat pasangan berkenaan dengan mengharapkan agar hubungan mereka dapat diselamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli sebak di mahkamah, merayu netizen henti kecam Uqasha… “Saya letak semua salah pada diri sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Peguam Uqasha tarik diri” - Hakim beri amaran, kes cerai dengan Kamal Adli ditangguh

Malah, ada juga netizen yang meminta peminat supaya tidak mengecam atau menulis komen negatif terhadap Uqasha seperti yang diingatkan sendiri oleh Kamal.

“Uqasha, lihatlah ini. Kami ramai-ramai datang ke IG awak dengan harapan supaya awak baca semua komen kami. Kami sayang Uqasha dan Kamal, tak nak korang berpisah.

“Maafkan Kamal dan bagi peluang pada dia. Ingat pesan Kamal semua, jangan kecam isteri dia, jangan tulis benda buruk tentang dia. Hormat pesanan suami Uqasha itu,” tambah netizen.

Pada pagi Selasa, Kamal Adli dalam kenyataannya kepada mStar merayu agar orang ramai tidak menulis sebarang komen negatif terhadap Uqasha, sebaliknya meminta agar segala kecaman dan kritikan ditujukan kepada dirinya sahaja.

Netizen harap Kamal dan Uqasha kembali berbaik.

Pelakon itu turut mengakui masih menyayangi isteri dan anaknya serta berharap rumah tangga mereka dapat diselamatkan.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain