suria

Fara Salleh kecewa Shuk Sahar gagal hadir ke proses siasatan pengesahan cerai

Fara bengang dengan Shuk kerana tidak beri kerjasama sebaiknya.

ISTERI kepada Shuk Sahar, Fara Salleh meluahkan rasa bengang terhadap pelawak itu kerana mendakwa masih gagal hadir bagi proses siasatan pengesahan nikah. 

Kata Fara, urusan yang masih tertangguh itu menyebabkan proses pendaftaran sijil kelahiran anak pertama tidak dapat diselesaikan. 

“Mahkamah dah tetapkan pernikahan sah dan anak itu sah taraf. Selepas itu penguatkuasa perlu jalankan siasatan. 

Fara dan Shuk masih dalam proses pengesahan lafaz cerai.

“Ini adalah prosedur untuk dapatkan sijil nikah. Selepas itu bayar denda. Kalau tak selesai, sijil kelahiran anak tak boleh ubah,” katanya. 

Justeru, Fara meminta Shuk hadir bagi proses siasatan agar sijil kelahiran anak mereka iaitu Elaine Nada boleh berbintikan bapanya. 

Tambah Fara ini merupakan kali kedua Shuk tidak hadir dalam sesi yang berlangsung di Pejabat Agama Segamat, Johor. 

“Surat dah hantar banyak kali ke rumah, tak mungkin ibu bapa kau tak buka. Aku pernah hidup dengan kau, aku tahu bapa kau mesti buka kalau ada surat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah sahkan pernikahan Shuk Sahar di Thailand, Fara Salleh mahu urusan cerai selesai segera... "Tak nak jumpa atau terkait lagi dengan dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengamuk lagi! Dakwa Shuk Sahar elak panggilan mahkamah, terpaksa guna media sosial

“Dapat sijil cerai baru boleh ubah sijil kelahiran anak. Nada perlukan ini,” ujarnya. 

Tambahnya dia juga tidak mahu berjumpa Shuk dan meminta agar proses siasatan dijalankan secara berasingan. 

“Kau tak perlu risau, aku tiada masa proses siasatan. Aku dah minta tarikh berbeza. Aku bukan buat ini untuk jumpa kau,” luahnya. 

Luahan Fara di Instastory miliknya.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand.

Bagaimanapun lafaz cerai yang didakwa dilafazkan Shuk pada April lalu belum diputuskan oleh mahkamah. 

Pasangan itu baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain