ISTERI pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya menarik nafas lega apabila status pernikahannya mereka telah disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor pada pagi Rabu.
Fara, 33, bagaimanapun memberitahu Shuk tidak hadir ke mahkamah namun menghantar wakil peguam untuk menyelesaikan urusan tersebut.
"Dia (Shuk) tak datang tapi wakilkan peguam sebab itu lambat nak selesai. Hakim terima wakil tersebut sebab saya memang nak urusan kami ini selesai segera.

Fara kini menunggu sijil pernikahan untuk memfailkan urusan penceraian.
"Lebih mudah kalau dia beri kerjasama daripada awal," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Fara memaklumkan dia perlu mendapatkan sijil pernikahan sebelum meneruskan langkah untuk membuat pengesahan penceraian.
Dia juga berharap urusan melibatkan mereka dapat diselesaikan segera dan enggan kemelut terus berlarutan.
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh tetap lawan demi anak, tak gentar dengan amaran Shuk Sahar... “Nak saman, silakan!”
ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar hilang sabar, bakal ambil tindakan undang-undang pada individu sebar fitnah di media sosial
Malah Fara juga tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan Shuk selepas perceraian mereka sah di mahkamah.
"Proses sekarang ini saya perlu dapatkan sijil kahwin dalam tempoh sebulan
"Selepas dapat sijil nikah baru saya boleh selesaikan urusan cerai jadi insya-Allah dalam tahun ini juga.
"Saya nak bebas dari naik turun mahkamah, saya tak nak jumpa dia (Shuk) atau terkait lagi dengan dia," ujarnya.
Untuk rekod, Shuk dan Fara bernikah di Thailand pada November 2023.

Shuk tidak hadir ke mahkamah hanya mewakilkan peguam.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
Menurut Fara, suaminya melafazkan cerai itu ketika berada di Thailand dan tidak mengetahui tujuan Shuk melakukan tindakan tersebut ketika berada di negara berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


