ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tambil meluahkan rasa kecewa membalas kenyataan yang dibuat suaminya di sosial media.
Menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan mengalihkan perhatian, Fara, 33, berkata, dia sudah cuba berurusan secara baik namun mendakwa Shuk tidak memberikan sebarang kerjasama termasuk gagal hadir ke perbicaraan mahkamah pertama mereka yang berlangsung pada 10 Julai lalu.
Fara juga menegaskan dia akan terus memperjuangkan hak anak mereka sehingga ke akhir dan menyerahkan segala urusan kepada pihak berkuasa.

Fara tetap akan lawan demi menuntut hak anaknya.
“Kenyataan fitnah? Di mana awak pada 10 Julai 2025, tarikh mahkamah pertama? Dah diberitahu tapi tak hadir. Kalau saya fitnah, beritahu bahagian mana?
“Tempat kau berpijak tu ada undang-undang. Dan ini urusan undang-undang. Nak saman aku? Pastikan kau telus pada peguam kau tentang isu sebenar," katanya.
Fara berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Jumaat.
Dalam pada itu, Fara memberitahu dia tiada niat untuk mendedahkan perkara peribadi secara umum, sebaliknya ia dibuat selepas pelbagai usaha secara tertutup gagal membuahkan hasil.
ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar hilang sabar, bakal ambil tindakan undang-undang pada individu sebar fitnah di media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengamuk lagi! Dakwa Shuk Sahar elak panggilan mahkamah, terpaksa guna media sosial
Malah, baginya tindakan Shuk untuk membawa isu ini ke muka pengadilan seolah-olah cuba menutup kegagalannya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Secara peribadi pun sudah saya cuba, tetapi awak tetap tak beri kerjasama. Mahkamah sendiri tak dapat hubungi awak, ahli keluarga pun tidak membantu.
“Kau nak saman aku? Silakan… buat! Pada satu hari nanti, Nada akan cakap pada kau 'You’re my enemy since the day you attack my mom'," ujarnya
Fara turut menjelaskan pengesahan pernikahan dan penceraian adalah penting untuk urusan pendaftaran kelahiran anak mereka, Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.

Luahan Fara di Instastory.
Untuk rekod, Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga pada November 2023.
Pada April lalu, Fara mendakwa Shuk telah melafazkan cerai talak satu menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.
Namun isu pengesahan nikah dan cerai mereka masih belum diputuskan oleh pihak mahkamah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


