PELAKON Syafiq Kyle tampil memberi respons terhadap perkongsian isterinya iaitu aktres Mimi Lana yang memohon doa agar dikurniakan cahaya mata kembar.
Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, berkata, Mimi sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kembar sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Kata Syafiq, keluarganya mempunyai sejarah melahirkan bayi kembar namun bukan dalam kalangan saudara terdekat.

Syafiq dan Mimi bernikah pada Februari lalu.
"Dia dah lama impikan bayi kembar. Doakan saja untuk dia.
"Sebelum kahwin lagi dia cakap impian nak dapat anak kembar. Keluarga sebelah saya ada saudara kembar.
"Saya rasa baguslah dia buat macam itu (muat naik hantaran) supaya orang doa untuk dia," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen spekulasi Mimi Lana hamil lepas mohon doa anak kembar
ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle tak letak syarat, Mimi Lana sedar perlu jaga batas selepas berkahwin
Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran filem Malaikat Malam yang berlangsung di Restoran Haslam, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Dalam pada itu, Syafiq memberitahu hantaran yang dimuat naik oleh Mimi baru-baru ini bukan sahaja mahu menyatakan hasrat ingin menimang cahaya mata sebaliknya ingin memberi mesej positif kepada pengikut di media sosial.
"Dia (Mimi) ada kongsi dengan saya juga sebelum ini, saya tanyalah kenapa post macam tu.
"Dia cakap sejak kebelakangan ini, dia nampak banyak hantaran tentang kebencian atau perkara-perkara tidak seronok untuk dilihat.
"Dia nak buat benda yang positif. Katanya kalau banyak orang berdoa perkara baik lebih termakbul. Itu yang dia cakap dengan saya," ujarnya.

Perkongsian Mimi di Threads mengundang perhatian ramai.
Sebelum ini, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, memuat naik perkongsian di laman Threads menyatakan hasratnya untuk dikurniakan anak kembar.
Aktres berkenaan berkata dia mahu orang ramai mendoakan keinginannya itu.
Untuk rekod, Syafiq dan Mimi selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


