TIDAK berselindung lagi, penyanyi dan pelakon Kael akhirnya mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model dikenali Engku Sulwani.
Kael atau nama sebenarnya Michael Lean Chien berkata, hubungan yang sudah terjalin sejak setahun lalu bukan sekadar suka-suka malah dia menyimpan hasrat untuk memperisterikan wanita berkenaan.
"Kami masih dalam fasa saling mengenali dengan lebih rapat. Walaupun ada perbezaan daripada segi kehidupan, agama dan bangsa, saya mahu ambil masa untuk belajar.

Kael berniat ingin mengahwini teman wanita.
"Saya memang ada niat untuk menikahi dia, cuma perkara ini perlukan proses dan saya tidak akan terburu-buru menukar agama hanya kerana mahu berkahwin,” katanya kepada mStar.
Kael ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Angkasa yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Menurut Kael, dia kini sedang mendalami agama Islam dengan bimbingan rakan-rakan terdekat termasuk seorang kerabat diraja Kelantan serta ibu angkatnya yang beragama Islam.
ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz dan teman lelaki selamba bercium di khalayak ramai... “Dia Islam kan?”
ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh dua pelakon popular kantoi, gambar ‘bercomolot’ jadi tontonan umum di pusat beli belah Kuala Lumpur
“Saya bertuah kerana ada individu yang sudi membimbing saya. Malah, saya juga sudah bertemu dengan ibu bapa Sulwani.
"Saya dapat banyak tunjuk ajar daripada seorang kerabat diraja Kelantan selain mendapat bimbingan daripada seorang ibu angkat yang beragama Islam,” ujarnya.
Tambah Kael, sebagai individu yang mempunyai pengalaman daripada keluarga yang berpecah-belah dia mengaku perlu lebih berhati-hati dalam merancang masa depan.
"Saya kena jujur, hidup saya sebelum ini sudah banyak cabaran. Sebab itu saya tak mahu perkahwinan saya nanti berulang dengan kisah sama,” katanya.
Sebelum ini, nama Kael menjadi bualan hangat apabila tular video berpelukan dengan Salwani di media sosial.

Kael mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan Engku Sulwani (kanan).
Dalam perkembangan lain, Kael muncul dengan single Angkasa hasil ciptaan Omar K dan Iqie Hugh.
Lebih menarik, muzik video lagu berkenaan turut menampilkan Sulwani sebagai tanda cintanya terhadap kekasih hati.
"Seperti lagu Angkasa ini, ia melambangkan kisah cinta saya dan impian saya untuk berumah tangga kelak,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


