suria

Suria FM meriahkan raptai sambutan Hari Kebangsaan 2025 dengan siaran liputan istimewa

Team 'Morning-Morning Suria' memeriahkan raptai sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya.

RAPTAI penuh sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada pagi Jumaat berjaya menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

Sebagai rakan media rasmi, Suria FM menceriakan suasana dengan terbitan siaran luar khas 'Morning-Morning Suria' bersama Fad, Ajak dan PU Amin bermula seawal pukul 7 pagi. 

Kehadiran penyampai Kafe Suria, Irsyad bersama Suria Wheels, Afiq dan Awien turut menambah kemeriahan di lokasi apabila mereka bersama pendengar dapat merasai sendiri aura raptai di Dataran Putrajaya.

Suria FM menampilkan temu bual eksklusif bersama Fahmi (tengah).

Suria FM menampilkan temu bual eksklusif bersama Fahmi (tengah). 

Lebih istimewa, Suria FM menampilkan temu bual eksklusif bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. 

Dalam temu bual tersebut, Fadzil berkongsi pandangan mengenai persiapan raptai dengan tema Malaysia Madani: Rakyat Disantuni serta harapannya menjelang Hari Kebangsaan 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM kembali unggul sebagai radio nombor tiga, catat 3.3 juta pendengar sepanjang 2024

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Morning-Morning Suria’ ada penyampai radio baru! Fad Bocey kini bergandingan dengan Ajak

Sementara itu, raptai penuh kali ini menyaksikan perarakan kontinjen pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pelajar sekolah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta komuniti, diiringi persembahan pancaragam, kenderaan ikonik dan pertunjukan Udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Ribuan peserta turut mempersembahkan gabungan kebudayaan yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum di bawah semangat Malaysia Madani.

Selaku rakan media rasmi, Suria FM meluahkan rasa bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini dan ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyemarakkan semangat cinta negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2025 pada Ahad ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain