suria

Tidak lagi kejar populariti, Sharizan Borhan mahu terus perjuang karya... Sanggup mula dari bawah

Sharizan mahu meriahkan industri seni dengan karyanya.

LEBIH 32 tahun bergelar penghibur, penyanyi Sharizan Borhan tidak kisah sekiranya perlu memulakan kariernya kembali seperti pendatang baharu yang lain.

Sharizan, 51, berkata  dia juga tidak pernah lelah dalam memperkenalkan dirinya kepada peminat yang baharu walaupun  pelbagai karya sudah dihasilkan sebelum ini.

Biarpun lama menyepi, baginya tiada alasan untuk mengalah dalam memperkenalkan kembali nama serta hasil karya sendiri. 

Setiap Detik ubati rindu peminat pada Sharizan.

"Industri ini sama sahaja walau di mana sekalipun kita pergi. Ramai orang mudah lupa apa yang kita sudah buat dahulu. Jadi, apa yang boleh saya buat untuk perkenalkan diri kita sekali lagi, inilah antara caranya dengan menghasilkan karya baru.

"Industri seni macam itulah kalau hilang satu tahun pun, orang sudah lupa dan itulah kebiasaannya," katanya kepada mStar.

Dia yang terkenal dengan jolokkan 'King of Swing' berkata dirinya sudah tidak mengejar populariti sebaliknya hanya ingin memeriahkan suasana dalam industri muzik dengan karya-karya yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Belum layak mahu mengajar, Nabila Huda tak lokek kongsi ilmu di IG... “Bakat ada dalam diri sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie hadir beri keterangan di SKMM, telefon bimbit dirampas untuk siasatan

"Saya buat ini bukan untuk 'limelight' (raih perhatian) sebab perkara itu boleh buat sendiri. Apa yang saya mahu buat adalah beri nilai kepada industri muzik. 

"Sekarang saya mungkin 'value creator' untuk berikan sesuatu kepada industri muzik kita,"  ujarnya.

Berkongsi mengenai karya baharunya berjudul Setiap Detik, Sharizan berkata ia terhasil untuk mengubati rindu peminat selepas lama tidak muncul dengan karya baharu.

Malah karya itu turut dihasilkan dalam versi bahasa Inggeris dengan menampilkan gandingan antara Azalea dan Shah Shamsiri sebagai penulis lirik.

Sharizan dan Helen berkerjasama untuk Setiap Detik.

Jelasnya, kali terakhir dia mengeluarkan karya untuk para peminat kira-kira sekitar tahun 2012 lalu sebelum bergiat aktif  dalam bidang pengacaraan dan alih suara.

"Saya masih berhubung dengan Helen Yap. Kemudian dia beri cadangan untuk kami lakukan sesuatu supaya dapat kembalikan kegemilangan lalu dan apa lagi yang kita boleh beri untuk industri muzik.

"Selain itu, ada peminat komen dan mesej, bertanya bila akan keluar dengan single atau album baharu. Ramai yang minta. Jadi, ini untuk puaskan hati semua orang dan usaha saya dalam bidang ini," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain