suria

Zarina Anjoulie hadir beri keterangan di SKMM, telefon bimbit dirampas untuk siasatan

Zarina hadir ke SKMM bersama peguamnya.

PELAKON Zarina Anjoulie memaklumkan dia selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kontroversi mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy.

Zarina atau lebih mesra dengan sapaan Anju, 38, berkata telefon bimbitnya juga diambil agensi berkenaan bagi melakukan siasatan lebih terperinci.

"Pihak MCMC sedang membuat siasatan, tolong beri ruang kepada mereka untuk jalankan tugas. Telefon saya pun dah diambil untuk siasatan. Buat masa ini saya hanya guna telefon secondhand sementara," katanya.

Zarina sentiasa berikan kerjasama dengan baik.

Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Tidak melatah dengan apa yang berlaku, Zarina sebaliknya menganggap kejadian tersebut sebagai satu pengajaran buat dirinya dan berlapang dada dengan segala teguran terhadapnya.

Dia juga berharap orang ramai tidak menjadikan anaknya sebagai sasaran untuk membalas perbuatannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie buat permohonan maaf, tampil cerita sebenar isu dengan Kak Ton

ARTIKEL BERKAITAN: Hidung baharu tak sesuai dengan penampilan, Zarina Anjoulie cadang buang implan

"Tak apa, ini pengajaran untuk saya. Terima kasih kepada netizen yang sudi menegur dan menasihati, ia peringatan yang baik supaya saya tidak mengulangi kesilapan yang sama,

"Kalau nak kritik, kritiklah saya. Jangan babitkan anak saya yang tak bersalah. Saya hargai semua yang menegur dan mendoakan," ujarnya.

Sebelum ini, Zarina dalam sebuah hantaran menyangkal dakwaan dirinya melakukan jualan dan merakam video porno bersama Hot Daddy semasa berada di Bali, Indonesia.

Zarina bersama peguamnya di SKMM.

Tujuan dia ke sana hanya untuk mempromosikan sebuah produk dan secara tidak sengaja bertemu dengan lelaki berkenaan yang merupakan rakannya. .

Terdahulu, Hot Daddy atau Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli didakwa merakam aksi hubungan intim dan menjualnya menerusi aplikasi X yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti persundalan.

Namun pada Disemberi 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy dan dua rakannya berhubung kes tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain