suria

Zarina Anjoulie buat permohonan maaf, tampil cerita sebenar isu dengan Kak Ton

PELAKON Zarina Anjoulie memohon maaf kepada Kak Ton sekiranya kenyataannya sebelum ini disalah erti oleh usahawan itu. 

Zarina, 37, menjelaskan niatnya bukan untuk memburukkan usahawan berkenaan, sebaliknya mahu menyelamatkan nama dan perniagaan Kak Ton. 

Menurut Zarina, ini selepas seorang individu didakwa memburuk-burukkan namanya di media sosial sambil berniaga produk Kak Ton. 

“Paling saya rasa tidak seronok, dia buat siaran langsung menuduh, meratip nama saya hanyalah semata-mata untuk menjual produk perniagaan keluaran Kak Ton. 

“Pada Kak Ton, saya minta maaf dan saya sangat hormati Kak Ton. Saya tak berniat nak buat Kak Ton salah anggap. Niat saya hanya mahu tunjukkan perangai pekerja itu sahaja,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi