suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai kata seiras Rihanna, Mimi Fly tak tahu apa sama... Cuma harap dapat ikut jadi kaya

RUPA dan penampilan penyanyi Mimi fly sering kali disamakan seperti bintang antarabangsa iaitu Rihanna. 

Tidak menganggap ia sebagai satu perkara negatif, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, meluahkan rasa syukur apabila disamakan seperti penyanyi lagu Umbrella itu yang diketahui telah memberikan impak besar terhadap industri muzik. 

Bagaimanapun, kata Mimi, dia tidak sesekali cuba untuk meniru Rihanna kerana sudah menjadi prinsip dalam hidupnya adalah menjadi diri sendiri. 

“Alhamdulillah. Saya suka kalau orang anggap persamaan itu ke arah yang positif. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang menggelar saya ‘Rihanna Malaysia’ itu. 

“Semestinya saya ada jadikan dia sebagai inspirasi. Bukan hanya dia, penyanyi lain juga kerana mereka ini ada keaslian masing-masing. Begitu juga saya, jadi diri sendiri adalah matlamat saya,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi