HAMPIR 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Siti Elizad Shariffudin memberitahu dia kini sudah melalui fasa reda sekiranya belum dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata.
Tidak lagi mahu bersedih, Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, berkata dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami keadaan dirinya malah tidak memberikan tekanan bila melibatkan isu anak.
“Saya sudah beli barang anak daripada tahun pertama kami berkahwin dan sekarang ini saya sudah berikan semuanya kepada orang sebab buat masa ini saya dalam fasa reda selepas 10 tahun.
“Saya tawakal kalau tuhan kata belum ada rezeki dikurniakan rezeki anak tak apa, jadi rumah terbaru suami ni memang tiada barang bayi.
“Saya pernah melihat suami menangis bila solat sebab risau tak bahagiakan saya bila melibatkan anak kemudian terus saya tersedar sebab saya patut bersyukur ada suami yang sangat memahami dan tak berikan tekanan kepada saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI