suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut karier lakonan 'mati', Muaz Zabir berniaga makanan sampai lewat malam

DISEBABKAN karier lakonannya tidak konsisten, pelakon Muaz Zabir mengambil langkah selamat dan sanggup bersengkang mata menjalankan perniagaan sehingga larut malam. 

Ini kerana Muaz, 28, mahu mempersiapkan diri sekiranya dia tidak lagi mendapat sebarang tawaran lakonan daripada mana-mana pihak produksi. 

“Sebenarnya saya sudah lama rancang untuk buka bisnes dan ada kedai sendiri. Apa yang membuatkan saya buka bisnes adalah, kami sebagai pelakon ini menerima gaji melalui projek. Jadi, kalau tiada tawaran, kami tiada gaji. 

“Tawaran saya sekarang ini pun sipi-sipi (kurang). Kejap ada, kejap tiada. Ada juga masa yang saya termenung (tidak membuat apa-apa). Ada sehingga dua bulan saya termenung. Jadi saya tidak lagi mahu perkara itu berlaku,” katanya kepada mStar. 

Dalam perkembangan lain, Muaz yang baru sahaja membuka bisnes dalam bidang makanan itu menjalankan perniagaan di Warung Pagi-Pagi, Faderal Hill, Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi