KENYATAAN personaliti media sosial dikenali sebagai DMA Islam yang menganggap kursus pengajian seperti komunikasi media, teater, muzik dan seni tari merupakan pengajian paling bodoh untuk diambil pelajar di universiti mengundang rasa kurang senang ramai pihak.
Bukan sahaja netizen, malah artis juga meluahkan rasa bengang dengan kenyataan dikeluarkan oleh DMA Islam itu.
Mengulas mengenai perkara itu, pelakon Nadia Brian menjelaskan semua pengajian yang disebut itu bukanlah satu bidang yang mudah, malah memerlukan usaha untuk berjaya.
Malah Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, menuntut supaya individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kenyataan yang dikeluarkan.
“Awak ini memang kurang ajar. Sangat-sangat kurang ajar. Saya mewakili penggiat seni semua, meminta supaya dia ini membuat permohonan maaf.
“Pada awalnya saya tidak kenal dia. Saya memang terkejut tengok video ini sebab dianggap menghina struktur universiti. Ini membuatkan pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) rasa tidak penting untuk masuk iniversiti.
“Mulut jangan terlalu lancang. Mungkin orang tidak pernah nampak saya marah. Tetapi kali ini saya sangat marah. Tidak perlu cari konten jijik,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI