PERSONALITI media sosial Space Dollah bersedia dan berlapang dada jika adiknya iaitu Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq terlebih dahulu mendirikan rumah tangga.
Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman 36, memberitahu dia sudah bertemu dan mengenali secara rapat Bella Astillah dan dua anaknya itu.
“Mereka sedang gembira itu yang boleh saya katakan, saya sudah berjumpa Bella dan kenal lebih rapat, Bella orang yang sangat baik serta berhati mulia.
“Saya rasa Saddiq bersyukur dapat bertemu dengan Bella sebab bantu naikkan adik saya kepada level lain, kami sangat gembira sebenarnya malah saya ada jumpa dengan anak Bella tak sangka rupanya versi Saddiq masa kecil.
“Saya tak kisah nanti kalau ada jodoh tak ke mana cuma buat sementara waktu biar adik saya kahwin dulu,” kata Dollah kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI