suria

[V] Aslam belum bertemu Abby Abadi, cari masa sesuai jumpa ibu mentua

SUAMI kepada Marissa Dania iaitu Ahmad Aslam masih belum berpeluang untuk membuat permohonan maaf secara bersemuka bersama ibu mentuanya, Abby Abadi.

Aslam bagaimanapun berkata dia mempunyai perancangan untuk melakukan perkara tersebut bagi menyelesaikan masalah keluarga yang masih belum berkesudahan itu. 

"Saya masih belum berjumpa dengan ibu mentua saya (Abby) selepas saya keluarkan kenyataan tempoh hari. Sehingga kini hanya Marissa yang dah jumpa mama.

"Saya ada perancangan untuk berjumpa dengannya, insya-Allah bila saya kelapangan. Saya juga mencari masa yang sesuai untuk jumpa mama,” katanya kepada mStar. 

Aslam mempunyai perancangan untuk menyelesaikan kemelut keluarga.

Aslam memaklumkan perkata itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Mengakui masalah berpunca dirinya, Aslam turut berharap isu yang berlarutan itu dapat diselesaikan segera. 

"Harapan saya sudah pasti mahu meredakan segala polemik yang berlaku. Saya mengaku apa yang terjadi adalah salah saya.

"Saya juga harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Saya juga manusia biasa, ada silap dan sentiasa ingin perbaiki diri," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania dan Ahmad Aslam muncul di mahkamah syariah

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi, pilih poligami demi jaga maruah Marissa Dania

Sebelum ini, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, iaitu Umisya Mazlan.

Abby bagaimanapun mempersoalkan permintaan itu sebaliknya berkata menantunya Aslam yang perlu datang memohon maaf kepadanya.

Susulan itu, Aslam tampil memuat naik satu hantaran di media sosial antaranya secara terbuka membuat permohonan maaf kepada ibu mentuanya itu. 

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Aslam dan Marissa bernikah di Thailand pada Disember 2023.

Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Manakala bersama Marissa pasangan ini belum dikurniakan anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain