suria

Wanita berniqab melentok mesra di bahu Azlan Komeng... Nilam tak maafkan individu tuduh dirinya menyamar

Nilam (dua dari kanan) tidak akan memaafkan individu yang melemparkan fitnah terhadapnya.

KEMUNCULAN wanita berniqab dilihat bergambar mesra bersama pelakon Azlan Komeng menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Malah, ada yang mendakwa sosok tubuh individu berkenaan seakan-akan seperti isteri Azlan sendiri iaitu Nur Nilam Ortiz. 

Menjawab dakwaan tersebut, Nilam, 45, menafikan dia merupakan wanita di sebalik niqab itu dan tidak akan memaafkan netizen yang membuat fitnah.  

“Dari semalam (Ahad) terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada aku dan si… (wanita berniqab) ini adalah orang sama.

Netizen mendakwa Nilam merupakan wanita berniqab bersama Azlan.

Netizen mendakwa Nilam merupakan wanita berniqab bersama Azlan.

“Wallahi bukan aku dan secara rasminya aku takkan maafkan siapa yang menulis, menambah, bercerita dan apa sahaja mengatakan itu adalah aku,” katanya. 

Nilam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Isnin. 

Dalam pada itu, Nilam mengakui berkecil hati melihat kemesraan ditunjukkan wanita berkenaan bersama suaminya menerusi foto tular di media sosial. 

“Aku orang jarang terasa tapi kali ini aku hancur, siap lentok lagi. Disebabkan orang inilah anak aku hilang, suami aku hilang dan wahai penambah perisa, pemfitnah, demi Tuhan aku takkan maafkan. Terima kasih,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas fail fasakh, isteri Azlan Komeng bawa diri balik Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng tak mahu lepaskan Nilam, dedah awalnya isteri izin kahwin dua dah jumpa bakal madu

Sebelum ni, tular di media sosial apabila individu yang dikenali sebagai Maizila memuat naik beberapa foto dan video bersama Azlan di dalam kereta. 

Kedua-dua mereka kelihatan mesra apabila wanita tersebut dilihat melentukkan kepala pada bahu pelakon berkenaan. 

Ramai yang menganggap wanita itu merupakan bakal madu Nilam dan ada juga yang berpendapat individu tersebut adalah Nilam sendiri. 

Netizen mendakwa Azlan dan Nilam hanya mahu mencari publisiti murahan semata-mata untuk mempromosikan perniagaan mereka. 

Pada 9 April lalu, Nilam hadir ke mahkamah dengan berpakaian serba hitam mengundang perhatian ramai. 

Nilam (kanan) sebelum ini memfailkan fasakh terhadap Azlan.

Nilam (kanan) sebelum ini memfailkan fasakh terhadap Azlan.

Sebelum itu pada Mac, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin kali kedua.

Azlan bagaimanapun mengesahkan isterinya memfailkan fasakh dan menghormati keputusan dibuat. Namun aktor berkenaan tidak akan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri. 

Perkara itu didedahkan Nilam menerusi video yang dimuat naik di TikTok selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu. 

Untuk rekod, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain