MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menangguhkan prosiding pengesahan nikah bagi pasangan Ahmad Aslam dan Marissa Dania.
Menurut Aslam, prosiding itu terpaksa ditunda disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku.
"Ada masalah sedikit berkenaan permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.
Marissa dan Aslam hanya mendiamkan diri daripada menjawab pertanyaan media.
"Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawabkan.
"Borang itu sudah lama kami serahkan kepada peguam. Semuanya akan diuruskan pihak peguam," katanya kepada mStar.
Aslam memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Marissa minta Abby Abadi berhenti sebar cerita tak benar, dah hubungi ibu tapi tidak diendahkan
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi dedah sebab suami tampar Aslam, Marissa masih bawah umur
Sementara itu, Marissa yang jalan beriringan dengan suaminya hanya mendiamkan diri daripada menjawab sebarang pertanyaan media.
Pasangan tersebut tiba di mahkamah dengan mengenakan pelitup muka dilihat bergegas pulang selepas satu jam berada dalam dewan bicara.
Sebelum ini, nama anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini menjadi bualan ramai apabila dikatakan mempunyai hubungan bersama suami orang iaitu Umisya.
Marissa didakwa sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa termasuklah ibu bapanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube