suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa ancam murid dalam kawasan sekolah, Guru Besar keluar notis larangan masuk serta-merta

Ibu bapa sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menegur salah laku murid. -Gambar hiasan AI

SIKAP seorang bapa yang didakwa mencetuskan ancaman keselamatan terhadap murid memberi tempias kepada ibu bapa lain apabila pihak sekolah bertindak mengetatkan kawalan dan tidak lagi membenarkan mereka masuk ke dalam kawasan sekolah.

Keputusan itu dikongsikan seorang pengguna media sosial yang meluahkan rasa terkilan selepas 'kemudahan' mengambil anak di dalam sekolah yang dinikmati sebelum ini terpaksa ditarik balik.

Bagi wanita berkenaan, kebenaran memasuki kawasan sekolah sebelum ini bukan sahaja memudahkan urusan mengambil anak, malah memberi ruang kepada ibu bapa untuk berbelanja di kantin.

"Aku suka sekolah anak aku sebab boleh ambil anak kat dalam. Jadi aku boleh pergi kantin dengan dia tapau makanan. Mak cik kantin pun gembira sebab jualan meningkat," luahnya di Threads.

Mengambil anak di dalam kawasan sekolah akan lebih memudahkan pergerakan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Mengambil anak di dalam kawasan sekolah akan lebih memudahkan pergerakan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Dalam pada itu, dia berharap tindakan sekatan itu hanya dikenakan ke atas individu yang terlibat dan bukannya menyulitkan urusan ibu bapa serta penjaga yang lain.

"Harap pihak sekolah larang ibu bapa itu saja. Saya masih suka tapau air coklat dengan air oren mak cik kantin itu," tambahnya yang terkilan dengan peraturan baharu itu.

Difahamkan peraturan baharu itu dibuat susulan dakwaan wujud insiden membabitkan seorang bapa bertindak mengejar seorang murid di kawasan sekolah.

Menerusi tangkap layar notis di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan, Guru Besar menegaskan bahawa larangan masuk ke kawasan sekolah itu berkuat kuasa serta-merta pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjaga biadab dalam grup WhatsApp! Tak cukup perli guru waktu malam, bagi pula arahan macam bos - “Pergi buka sekolah sendirilah”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘koyak’ tengok budak 14 tahun jawab mesej WhatsApp, seolah-olah ibu bapanya tak pernah ajar adab

Notis berkenaan turut memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas berlaku ancaman keselamatan murid kira-kira pukul 12.45 tengah hari, Rabu membabitkan seorang bapa yang dinyatakan berjawatan pegawai kanan. 

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai bentuk ancaman serta kejadian tersebut tidak diperincikan.

Menerusi arahan sama, ibu bapa dan penjaga diminta mengambil anak di pintu kecil pagar A meskipun selepas tamat sebarang aktiviti sekolah di luar waktu persekolahan.

Perkongsian itu mengundang perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang memahami kekecewaan tersebut, manakala beberapa pengguna lain menyokong peraturan baharu demi keselamatan murid.

"Saya lebih suka ibu bapa tak boleh masuk dalam sekolah sebab kalau terlewat ambil anak, masih rasa selamat. Kalau sesiapa saja boleh keluar masuk sekolah, mesti tak senang duduk fikir macam-macam.

Segelintir guru turut dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan anak murid. -Gambar hiasan AI

Segelintir guru turut dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan anak murid. -Gambar hiasan AI

"Ibu bapa tidak sepatutnya memasuki kawasan sekolah tanpa urusan, lebih-lebih lagi jika terus menuju ke kelas untuk berjumpa guru sesuka hati.

"Sebenarnya bagus buat peraturan macam ini. Anak-anak kita pun selamat daripada diserang orang luar yang masuk," demikian reaksi netizen.

Tidak kurang juga yang tampil berkongsi situasi hampir sama yang mana seorang ibu atau bapa menunggu di luar pagar sekolah untuk menampar anak orang lain.

"Ibu bapa macam ni memang ada di semua sekolah, situasi di sekolah saya, dia tunggu luar pagar sebab nak tampar anak orang lain. Nasib baik guru bertugas sempat bertindak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain