DEMI menjaga kesihatan, ramai individu sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan pelbagai suplemen mahal dan menjalani rawatan yang memerlukan kos tinggi.Tidak salah untuk melabur demi kesihatan diri, namun kita kadangkala terlupa terdapat pelbagai sumber makanan berkhasiat yang mudah didapati tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Menurut Dr Zakwan dari SuamiSihat Clinic, Kota Bharu, Kelantan, terdapat empat jenis makanan harian biasa yang boleh diamalkan lelaki bagi membantu menjaga kesihatan salur darah."Empat jenis ulam dan makanan kampung kita ini sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan salur darah lelaki, asalkan tidak dimakan dengan kuah manis berlambak," ujar Dr Zakwan.Bawang mentah bagus untuk kesihatan salur darah. -Gambar hiasan1. Bawang putih dan bawang merah mentah - Membantu mencairkan dan membuka salur darah.2. Ikan kembung dan tenggiri bakar - Kaya dengan Omega-3 yang berupaya mencuci dinding arteri.3. Tembikai merah - Sumber L-Citrulline (sejenis asid amino semula jadi yang terdapat dalam beberapa makanan).4. Telur ayam kampung separuh masak"Lauk kampung kita sebenarnya penuh nutrisi semula jadi untuk hormon dan salur darah."Yang merosakkan kesihatan adalah apabila makanan ini dinikmati dengan air teh manis pekat bercawan-cawan setiap hari. Simpan petua ini," pesannya di Threads.