suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai wanita anggap sakit belakang perkara biasa, rupanya boleh jadi petanda kanser payudara... Beri perhatian terhadap 6 gejala ini

Rasa sakit belakang yang dirasai berkemungkinan menjadi petanda seseorang individu sedang berdepan dengan masalah kesihatan lebih kronik. -Gambar hiasan/Agensi

SAKIT belakang merupakan antara masalah kesihatan sering dihadapi golongan berusia 30 tahun dan ke atas.

Ketika rasa sakit menyerang, ramai menganggap ia sekadar isu ketegangan urat atau disebabkan tanda-tanda serangan slip disc.

Namun hakikatnya, simptom berkenaan kadang kala boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan jauh lebih kronik dan tubuh sedang memberi signal.

Menerusi satu hantaran di media sosial oleh akaun berkongsi tip kesihatan, @mr.chongc tampil berkongsi kisah melibatkan seorang pesakit wanita berusia 40 tahun.

Menurutnya, wanita tersebut pada mulanya hadir ke klinik kerana mengesyaki mengalami masalah sakit belakang berpanjangan.

Malah wanita itu turut menyangka dia mengalami slip disc sebelum pemeriksaan lanjut mendedahkan dia sebenarnya menghidap kanser payudara tahap empat yang sudah merebak ke bahagian tulang belakang.

"Sakit belakang boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti ketegangan otot, slip disc, struktur tulang belakang atau kanser yang sudah merebak ke bahagian tulang.

"Kita tak boleh membezakan punca hanya bersandarkan kepada simptom fizikal semata-mata, sebaliknya perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor," jelasnya.

Menurut @mr.chongc lagi, secara dasarnya sel kanser berupaya merebak ke tulang belakang melalui saluran kelenjar limfa sehingga menyebabkan pesakit mengalami rasa sakit berterusan.

Rasa sakit tersebut akan semakin memburuk dari masa ke semasa.

Sehubungan itu, dia mengingatkan kaum wanita agar lebih peka terhadap sebarang perubahan fizikal pada tubuh badan terutamanya pada bahagian payudara.

Antara simptom awal kanser payudara wajar diberikan perhatian termasuklah;

1. Ketulan baharu pada payudara atau kawasan ketiak.   

2. Perubahan pada saiz atau bentuk payudara.

3. Kulit payudara kelihatan berkedut atau tertarik ke bahagian dalam.

4. Puting tertarik ke dalam secara tiba-tiba.

5. Rembesan cecair luar biasa atau darah keluar daripada puting.

6. Perubahan kulit seperti kemerahan atau menebal.

Jelasnya lagi, kewujudan ketulan yang langsung tidak mendatangkan rasa sakit juga boleh menjadi salah satu petanda awal kehadiran sel kanser.

Selain tulang, sel kanser yang merebak turut menunjukkan gejala bergantung kepada organ terlibat seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas yang melibatkan masalah paru-paru, sakit kepala berterusan atau gangguan penglihatan (otak) dan bengkak perut atau kekuningan (hati).

Mengulas mengenai rawatan bagi kanser tahap empat, dia menegaskan pesakit masih mempunyai harapan menerusi pelbagai pilihan rawatan perubatan moden.

Antara kaedah tersedia termasuk terapi hormon bagi kanser sensitif hormon, terapi sasaran atau targeted therapy, kemoterapi, imunoterapi dan radioterapi atau pembedahan bergantung kepada keadaan pesakit.

"Bagi kanser tahap empat, rawatan biasanya bertujuan mengawal penyakit daripada terus melarat.

"Selain itu, rawatan turut memberi fokus kepada mengurangkan simptom sakit serta mengekalkan kualiti hidup pesakit sebaik mungkin," tambahnya.

Artikel Lain