suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dituduh kaki pukul, Syida Melvin dedah punca bertindak kasar terhadap bekas suami

Syida tidak dapat menahan air mata apabila berkongsi punca sebenar perbalahan.

PELAKON Syida Melvin akhirnya tampil menjelaskan tuduhan dirinya seorang kaki pukul seperti didakwa bekas suami iaitu Shafiq Azim Shahreen.

Tidak menafikan berlaku kekasaran sepanjang rumah tangga mereka, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 29, bagaimanapun menegaskan tindakan dilakukan itu tidaklah sehingga mendatangkan kecederaan.

Ini selepas dia sudah tidak tahan berdepan provokasi berulang kali daripada bekas suami termasuklah hinaan yang melibatkan keluarga dan ibu bapanya.

Syida tampil jelaskan salah faham yang berlaku.

"Bukan pukul apa, tetapi apabila bergaduh suami isteri yang suka provoke, menghina dan merendah-rendahkan kita, bukan sekali dua tetapi berlarutan.

"Kita manusia biasa, mestilah tidak suka apabila orang petik keluarga dan asal usul kita. Apabila sudah kena provoke dan melalui penderaan emosi, emosi pun tidak stabil. 

"Takkan nak diam macam patung? Mestilah ada tindak balas. Macam baling bantal terkena kepala atau tolak-tolak kepala. Takkan nak jadi patung apabila asal usul, keluarga dan ibu bapa sudah dihina," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin dah buntu, terpaksa buat live ‘halau’ bekas suami keluar rumah... “Anak-anak nak sekolah, aku tak ada tempat”

ARTIKEL BERKAITAN:  Syida Melvin balas kecaman netizen... Anak-anak terbiasa lihat dirinya dan bekas suami berbalah

Syida berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program Paparazzi Podcast kendalian usahawan Datuk Aliff Syukri.

Jelasnya, dia sering berdepan provokasi termasuk kata-kata bekas suaminya yang menyesal memilihnya sebagai isteri dan sepatutnya berkahwin dengan wanita lain.

Situasi berkenaan membuatkan Syida nekad mengundurkan diri daripada rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun itu.

"Dia ada masalah dengan keluarga sendiri, tetapi cerita dipusingkan sehingga saya pula dipersalahkan. Dia pernah cakap menyesal berkahwin dengan saya dan sepatutnya memilih orang lain.

Kalau tersalah cakap sekali dua, saya boleh maafkan dan terima.

SYIDA MELVIN

PELAKON

"Takkan saya nak terus bertahan? Mak dan ayah besarkan saya bukan senang. Kalau tersalah cakap sekali dua, saya boleh maafkan dan terima.

"Tetapi apabila kesalahan sendiri diputar belit sehingga saya pula dipersalahkan, memang saya tak boleh teruskan lagi,” ujarnya.

Menerusi podcast sama, Syida turut gagal menahan air mata ketika mengimbas kembali pengalaman pahit sepanjang melalui kehidupan berumah tangga.

Pada 10 November lalu, kecoh di media sosial apabila Syida mengadakan sesi siaran langsung bagi mendesak bekas suaminya keluar dari rumah yang didakwa dibeli atas namanya.

Syida pilih undur diri demi kesihatan mentalnya.

Sejak itu, kedua-dua pihak saling membuat pendedahan mengenai kemelut rumah tangga mereka sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Untuk rekod, Syida dan Shafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.

Artikel Lain