suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lantang bersuara isu negara, Cakra Khan terima ugutan nama kena ‘cancel’

Cakra sebelum ini lantang menyuarakan pandangan mengenai isu semasa.

GARA-GARA lantang menyuarakan pandangan mengenai isu semasa, penyanyi Cakra Khan mengakui terpaksa berdepan situasi 'kena cancel' sehingga tidak lagi menerima tawaran kerja.

Lebih membimbangkan, Cakra, 34, turut menerima pelbagai mesej berbaur kecaman dan ugutan daripada individu tidak dikenali susulan kelantangannya itu.

"Memang saya sudah kena cancel. Ada beberapa acara yang kurang suka dengan mulut saya. 

Cakra menerima pelbagai mesej berbaur kecaman dan ugutan.

"Ada yang hantar DM (direct messege) beritahu saya tidak laku dan sengaja menumpang isu. Ada juga yang ancam nak sebarkan kad pengenalan saya," katanya. 

Cakra ditemui di Kuala Lumpur sempena sidang media konsert A Night Of Soul yang berlangsung pada petang Selasa. 

Penyanyi ini bagaimanapun masih mampu bertenang kerana percaya akan undang-undang yang sentiasa melindungi rakyat termasuk daripada unsur ugutan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu makin teruk, Cakra Khan tegur pemimpin dan golongan kaya tamak

ARTIKEL BERKAITAN: Tak takut ugutan, Cakra Khan tetap lantang bersuara isu pembakaran hutan... Mohon maaf kepada rakyat Malaysia

"Kita ada undang-undang, kalau mereka buat pasti akan kena. Jadi saya tak pernah takut," ujarnya. 

Tambah Cakra ugutan dan kecaman tidak pernah membuatkan dia patah semangat untuk terus bersuara mewakili rakyat Indonesia. 

Malah dia tidak pernah bimbang situasi ini akan memberi kesan kepada kerjaya seni. 

Cakra tidak gentar dengan ancaman diterima.

"Syukur tawaran masih ada. Cuma kalau sudah tiada nanti saya masih boleh menyanyi di bar. Saya bermula dari bawah, jadi tiada masalah. Selagi saya boleh menyanyi sudah cukup. 

"Saya ada prinsip untuk bersuara yang menurut saya tidak salah untuk diungkapkan. Saya hanya memberi kesedaran kepada rakyat yang terkesan," luahnya. 

Sebelum ini, Cakra antara selebriti yang sering bersuara berkaitan isu kebakaran hutan di Kalimantan dan turut menuntut pihak kerajaan segera bertindak.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain