suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz

Istana Negeri Sembilan belum sahkan ketulenan surat peletakan jawatan Ismail Lasim.

ISTANA Negeri Sembilan masih belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, meskipun dokumen berkenaan didakwa sudah ditandatangani olehnya.

Perkara itu dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja menerusi satu kenyataan media pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, peletakan jawatan Menteri Besar perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan baginda.

Jelasnya, surat yang dikaitkan dengan peletakan jawatan Ismail itu diterima di Istana Hinggap, Seremban, pada pukul 12.16 tengah malam Selasa.

Dokumen berkenaan diserahkan oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Lasim serah surat letak jawatan MB Negeri Sembilan, Zahid bakal cadang pengganti

"Adalah dimaklumkan bahawa Setiausaha Sulit telah menyampaikan perkenan kepada Ismail untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 8.38 malam, Isnin, sebagaimana yang dipohon oleh beliau.

"Sesi menghadap berkenaan ditetapkan pada pukul 10 pagi, pada Jumaat (20 November)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, pihak istana menjelaskan perkenan untuk menghadap tersebut telah disampaikan 80 minit lebih awal sebelum kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dimuat naik menerusi Facebook pada pukul 10 malam, Isnin.

Kenyataan Zambry sebelum ini memaklumkan mengenai peletakan jawatan Ismail.

Pihak istana turut mengambil maklum kenyataan Zambry berhubung perkara itu yang dipercayai dibuat berdasarkan salinan surat peletakan jawatan dalam simpanannya.

Namun, Istana Negeri Sembilan menegaskan kesahihan dokumen berkenaan, yang menurut Zambry telah ditandatangani Ismail, masih belum dapat dipastikan.

Artikel Lain