PELAKON Korea Selatan Go Kyung Pyo mengambil keputusan menghentikan semua aktiviti seninya buat sementara waktu selepas terbabit dalam kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol pada awal pagi Sabtu lalu.Go, 36, dilaporkan merempuh sebuah lori sampah ketika memandu kereta miliknya di kawasan Mapo, Seoul kira-kira pukul 3.30 pagi sehingga menyebabkan seorang pekerja pembersihan berusia lingkungan 60-an mengalami kecederaan ringan. Menurut laporan polis, ujian pernafasan mendapati kandungan alkohol dalam darah pelakon itu melebihi paras 0.08 peratus, sekali gus menyebabkan lesen memandunya ditarik balik.Kyung Pyo akan berehat seketika daripada industri. Mengakui kesilapan tersebut, Go tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram selain menyifatkan tindakannya sebagai tidak bertanggungjawab kerana boleh membahayakan nyawa orang lain.“Semuanya salah saya kerana memandu selepas mengambil alkohol. Saya sendiri pernah menasihatkan orang lain supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk, tetapi saya melanggar nasihat itu.“Tindakan saya boleh menyebabkan seseorang mengalami kecederaan serius. Saya benar-benar tidak bertanggungjawab,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas kembali solo, teman wanita nekad putuskan hubunganARTIKEL BERKAITAN: Jungkook sanggup puasa 39 jam untuk hadiri acaraDalam masa sama, Go berjanji memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis serta bersedia menerima sebarang hukuman dan bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat kemalangan berkenaan.Kontroversi itu turut memberi kesan terhadap kerjayanya apabila beberapa program televisyen termasuk Sixth Sense: B-Side dan The Great Escape: Urban Legends dilaporkan mengambil langkah menyunting atau mengurangkan babak membabitkan dirinya.“Saya akan menghentikan semua aktiviti yang telah dijadualkan. Saya tidak akan melupakan rasa malu terhadap diri sendiri akibat kejadian ini,” ujarnya.