Seorang isteri berdepan tekanan apabila terpaksa menguruskan rumah tangga ekoran suami jatuh sakit. -Gambar hiasan AI
MENJAGA pasangan yang sedang terlantar sakit bukan tugas mudah terutamanya bagi mereka yang sudah memiliki anak.Seorang wanita meluahkan rasa tertekan sejak suaminya jatuh sakit dan kini hanya terlantar di atas katil. Menurutnya, segala tanggungjawab terpaksa dipikul sendirian ekoran pergerakan dan tenaga suaminya agak terbatas. Si isteri menjalankan tanggungjawab untuk menjaga suami yang jatuh sakit. -Gambar hiasan AIApa lebih membuatkan dia penat, suaminya didakwa kerap mengajak melakukan hubungan intim walaupun sedang terlantar sakit. Malah dakwanya, nafsu suaminya seolah-olah semakin membuak-buak sejak dia jatuh sakit sehingga hampir setiap malam perlu melayan permintaan bersama walaupun dia kepenatan menguruskan keluarga sepanjang hari."Sekarang ini aku jaga suami sakit. Senang cakap aku buat semua untuk dia, dari rambut ke hujung kaki sebab pergerakan dia terbatas.Seorang wanita meluahkan rasa tertekan selepas terpaksa menjaga suaminya yang sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil.Dia menggalas hampir semua tanggungjawab rumah tangga berikutan pergerakan dan tenaga suaminya yang terbatas.Bagaimanapun, wanita itu mengakui semakin tertekan apabila suaminya didakwa kerap meminta untuk melakukan hubungan intim sejak jatuh sakit.Menurutnya, permintaan tersebut berlaku hampir setiap malam walaupun dirinya terlalu penat selepas seharian bekerja dan menguruskan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Makan semua aku suap. Mandikan, kerja rumah dan jaga anak lagi. Semuanya aku buat dalam waktu serentak. Aku penat sangat dan aku juga bekerja."Sejak dia sakit aku perasan nafsu batin dia lain macam. Setiap hari 'minta', aku penat sangat. Kadang-kadang sengaja tidur awal," luahnya.Bagaimanapun ceritanya, lelaki itu akan merajuk sekiranya permintaannya ditolak dan demi menjaga hati pasangan, dia menuruti walaupun kepenatan.ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun kahwin masih sakit teruk ketika bersama, isteri simpati nasib suami - “Tak pernah dapat masuk”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dipaksa lupakan aksi ranjang suami dengan perempuan lain, disuruh ‘move on’ - “Salah ke aku tak boleh lupa dia berzina?”"Aku ini tidak mahu buat dia tertekan sebab dia tengah sakit. Jadi aku layankan je kehendaknya."Sampai satu tahap aku tak syok pun masa bersama. Aku pura-pura je. Macam mana ya nak berterus-terang dengan suami fasal benda ini?"Aku tak tahulah sampai bila boleh tahan. Sumpah penat mental dan fizikal aku," tambahnya yang buntu memikirkan penyelesaian masalah tersebut.