suria

Hampir setahun kahwin masih sakit teruk ketika bersama, isteri simpati nasib suami - “Tak pernah dapat masuk”

Masalah ketika di ranjang jika dibiarkan boleh memberi kesan buruk terhadap rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita terpaksa berkongsi pengalaman peribadi dan cukup sensitif di media sosial gara-gara sakit teruk apabila mengadakan hubungan intim dengan suami.

Menurut wanita itu, sepanjang perkahwinan selama lapan bulan suami tidak dapat melakukan penembusan disebabkan kerana dia kesakitan sambil tubuhnya mengeras secara automatik.

Bagaimanapun katanya, dia bernasib baik kerana suami merupakan seorang yang sangat penyabar dan tidak sanggup melihat dirinya berterusan menahan sakit.

"Saya sudah kahwin hampir lapan bulan tapi sampai sekarang suami masih belum dapat 'masukkan' dia punya sebab saya sakit sangat-sangat.

Suami isteri perlu saling memahami dan bertoleransi apabila melakukan hubungan intim. -Gambar hiasan AI

"Sepanjang tempoh tu, suami hanya 'buang' dekat luar sebab memang tak pernah dapat masuk. Saya kesian sangat dekat suami tapi dah cuba cuma masih tak boleh sebab sakit," ceritanya di media sosial.

Dalam pada itu, dia turut mengakui masalah kekeringan faraj menambahkan lagi kesukaran buat suami.

Luahan itu bagaimanapun mengundang kecaman daripada segelintir netizen yang menganggap dia membuka hal peribadi rumah tangga kepada umum.

Namun wanita tersebut menegaskan dia mengajukan masalahnya menggunakan akaun palsu tanpa mendedahkan identiti sesiapa sebagai salah satu cara mencari penyelesaian.

Jelasnya lagi, selama ini dia tidak pernah tahu bahawa apa yang dialaminya berkemungkinan satu penyakit sehinggalah warganet berkongsi pengalaman, cadangan dan jalan keluar kepada masalah dihadapi.

"Saya bukan nak melucah dekat sini atau nak buka hal peribadi. Ini pun memang saya buat 'fake account' supaya orang tak tahu siapa saya.

"Terima kasih semua yang membantu, yang maki saya tu silalah pergi main jauh jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tak dapat layan batin suami sebab faraj terkunci, wanita syukur berjaya hamil guna picagari

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai histeria nak bersama” - Isteri ada masalah faraj terkunci, suami ugut cerai jika 2 bulan tak sembuh

"Bila saya tanya dekat media sosial ni ramai yang kongsi pengalaman dan saya pun dah dapat jalan keluar sedikit sebanyak. Semoga doa-doa awak pun berbalik kepada awak," jelasnya.

Di sebalik kecaman diterima, ramai netizen tampil menjelaskan masalah dihadapi berkemungkinan disebabkan 'vaginismus'.

Rata-rata warga maya turut memberi nasihat agar wanita itu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan masalah berlanjutan.

"Pergi buat rawatan sis. Benda macam ni doktor boleh diagnos. Lapan bulan dah kahwin jadi cepat-cepat cari jalan penyelesaian dan jangan tangguh-tangguh.

  • Wanita sudah lapan bulan berkahwin tetapi masih tak dapat bersama suami kerana sakit teruk.
  • Suaminya tidak dapat melakukan penembusan.
  • Dia dikecam kerana kongsi masalah, namun menjelaskan hanya mahu cari penyelesaian.
  • Netizen menasihatkan dia berjumpa pakar sakit puan segera.
  • Masalah dipercayai vaginismus yang boleh dirawat melalui fisioterapi dan rawatan pakar.

"Kena jumpa pakar gynaecologist (pakar sakit puan). Saya kerja hospital jaga bahagian tu. Memang ada orang yang bermasalah macam awak. Masalah ni memang ada tapi jarang berlaku," antara komen netizen.

Untuk makluman, vaginismus ialah keadaan apabila otot di sekitar faraj mengecut tanpa sedar menyebabkan hubungan intim menjadi sangat sakit atau tidak boleh dilakukan langsung.

Masalah faraj terkunci ini boleh dirawat melalui sesi fisioterapi, rawatan pakar sakit puan dan latihan otot dasar pelvis.

Artikel Lain