suria

Selesa kenal duda T20 usia 50 tahun, wanita tersentak diminta ikat peranakan jika jadi kahwin - “Rasa macam dia penting diri”

Pasangan digalakkan untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke fasa perkahwinan. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN pasangan yang sedang bercinta akan menjalani proses taaruf untuk saling mengenali pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Namun bagi seorang wanita, pengalaman berkenalan dengan seorang duda berusia 50 tahun meninggalkan dilema buat dirinya.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berusialingkungan 40-an itu mendedahkan, dia pernah ditanya oleh lelaki tersebut mengenai kesediaan untuk mengikat saluran peranakan, jika mereka sepakat untuk untuk mendirikan rumah tangga.

Pelbagai perkara perlu dibincangkan dengan teliti ketika proses 'taaruf'. -Gambar hiasan AI

"Saya taaruf dengan seorang lelaki berusia 50 tahun. Dia bekerja dalam syarikat MNC (multinasional). Kewangan stabil, status T20. Anak-anak dia dah besar. Gilir-gilir jaga anak denganex-wife.

"Kami berkomunikasi dengan baik. Soalan-soalan dia banyak berkisar tentang perkahwinan. Ada soalan yang senang untuk dijawab dan ada soalan yang memerlukan pemikiran dan penelitian yang agak lama sebelum menjawab.

ARTIKEL BERKAITAN:Staf klinik tegur mak ayah beri nama anak ‘terpaling’ unik, ejaan pelik sampai rumitkan urusan! Berpinar biji mata nak baca

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita persoal kewajaran miliki ramai anak, suruh ibu bapa kira dulu kemampuan diri sebelum cakap soal rezeki

"Saya masih ingat satu soalannya. Andai kata berkahwin, adakah awak terbuka dengan pilihan jika saya minta awak ikat peranakan? Alasannya sebab dia dah berusia dan tak nak ada anak lagi. Segala kos pemeriksaan dan prosedur akan ditanggung," kongsinya dalam hantaran berkenaan.

Mengakui agak terkejut diajukan soalan sedemikian, wanita iniberkata situasi tersebut membuatkan dirinya dalam dilema untuk meneruskan perhubungan.

  • Seorang wanita 40-an berkongsi pengalaman berkenalan dengan duda T20.
  • Menurutnya duda berusia 50 tahun itu bertanya sama ada dia sedia mengikat peranakan jika mereka berkahwin.
  • Duda berkenaan sudah mempunyai cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.
  • Wanita tersebut kelu dan tidak tahu untuk memberi jawapan.
  • Dia merasakan duda berkenaan sedikit mementingkan diri dan tidak wajar bertanya soalan demikian

"Masa tu, serius tak tau nak jawab apa. Tak pernah dapat soalan macam ni sebelum ni. Kita pula belum pernah kahwin.

"Masa ni ada rasa soalan dia ni macam tak wajar untuk ditanya. Ada juga rasa dia macam pentingkan diri, fikir pasal diri dia sendiri sahaja. Kalau ditanya kepada anda, apa yang akan anda jawab?" kongsinya lagi sambil meminta pandangan netizen.

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi bercampur, namun rata-ratanya meminta wanita berkenaan mempertimbangkan kembali hubungannya bersama duda tersebut.

Setiap pasangan bercinta ingin hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan. -Gambar hiasan AI

"Tanya dia balik. Beritahu, saya nak anak, yang tak nak anak tu awak. Kalau awak mati, siapa nak jaga saya? Awak ada anak, saya tak ada anak.

"Ikat peranakan tanpa sebab kesihatan adalah haram. Soalan dia tu saja dah cukup untuk decide patut teruskan atau tak relationship awak ni. Melainkan awak tak kisah pasal hukum Allah.

"Dia patut cari balu atau janda yang umur almost 50 yang memang tak nak anak dah, jangan ambil yang muda," antara komen netizen.

Artikel Lain