SEIRING dengan peredaran masa, kita bukan hanya menyaksikan perubahan dari segi teknologi yang kian canggih.
Sebaliknya, satu perkara yang makin ketara ketika ini adalah trend memberikan nama unik dan kreatif kepada bayi masing-masing.
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa, nama anak mereka sedap didengar kerana disertai dengan maksud yang indah, tetapi bagi segelintir petugas kesihatan, situasi ini satu cabaran.
Pemilihan nama anak sewajarnya menitikberatkan makna yang baik. -Gambar hiasan AI
Di laman Threads, seorang individu dipercayai kakitangan perubatan tampil memberi teguran agar ibu bapa lebih 'matang' dalam memilih nama anak.
"Jauh di sudut hati, kalau boleh aku macam nak tegur parents untuk tak namakan anak nama pelik-pelik, ejaan pelik-pelik atau terbelit lidah," luahnya.
Menurutnya, pengalaman menguruskan pendaftaran kanak-kanak di klinik membuatkan dia terpaksa mengambil lebih masa apabila berdepan dengan ejaan nama yang terlalu kompleks.
ARTIKEL BERKAITAN: Kakak teringin letak nama anak ala mat salih, mak ayah bangkang - “Laki bini muka Melayu Jawa”
ARTIKEL BERKAITAN: “Annoying pula rasa” - Wanita anggap nama anaknya dah tak ‘special’, orang terdekat diam-diam ‘ciplak’
"Nak menangis rasanya kerja klinik bila emergency, lepas tu nak daftar nama anak korang. Firdaus jadi Ferdhauz. Latifah jadi Latheefah. Jasmin jadi Jadzmeen.
"Padahal bunyi sama je... kenapalah kena extra susahkan diri?" katanya.
Individu itu menambah, kesukaran bukan sahaja berlaku semasa pendaftaran dalam sistem digital, tetapi juga ketika mengisi borang manual.
Seorang petugas perubatan menegur ibu bapa agar lebih matang dalam memilih nama.
Menurutnya, trend memberi nama unik dan ejaan pelik kepada anak menyukarkan urusan pendaftaran.
Ujarnya, ejaan nama yang terlalu kompleks bukan hanya menyukarkan pendaftaran, tetapi ketika situasi kecemasan.
Petugas perlu mengambil masa lama ketika mengisi borang manual atau sistem digital.
Netizen bersetuju dengan tegurannya, malah para guru turut berkongsi cabaran sama.
"Struggle tau nak daftar dalam sistem. Itu belum lagi kalau nak isi borang manual macam medical checkup atau borang penyakit berjangkit yang jenis isi kotak-kotak kecik tu. Berpinar biji mata," luahnya lagi.
Perkongsian individu tersebut mendapat perhatian dalam kalangan netizen.
Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan serta teguran yang disuarakannya, malah ada yang berkongsi cabaran serupa terutamanya golongan guru.

Antara sebahagian komen netizen.
"Bukan setakat di klinik. Malah dekat sekolah. Ejaan pelik-pelik menyebabkan nama salah maksud. Itu belum diejek lagi.
"Mak bapa zaman sekarang aneh-aneh. Tak risau ke jadi bahan ejek. Nama, ejaan tak seiring rupa.
"Ini jugalah apa yang cikgu-cikgu rasa. Kalau budak bising penat nak tulis nama sendiri, saya akan cakap nanti bila ada anak bagi nama simple je ye," demikian antara komen netizen.


