BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil menjawab dakwaan dia sudah bertemu pengganti hati dan menerima rombongan merisik daripada seorang jejaka rahsia.Menurut Dr Afifah atau mesra disapa Dr Fie, 37, meskipun ramai jejaka yang cuba mendekati, namun belum ada mana-mana pihak yang datang berjumpa keluarga untuk menjadikannya isteri. “Merisik di media sosial itu mungkin ada, tapi merisik secara formal itu tidak ada lagi. Masih baru sangat. Kita enjoy single-single dulu,” katanya kepada mStar.Dr Fie masih belum ada yang punya.Berkongsi mengenai perkara itu, Dr Fie memberitahu ramai yang ingin berkenalan dengannya menerusi media sosial selepas dia selesai menjalani tempoh iddah.Namun, dia kurang percaya dengan perkenalan secara maya tetapi tidak menolak sekiranya ia berlaku."Saya rasa mungkin mereka tahu saya sudah habis idah. Dulu tak ada pula macam ini, sejak kebelakangan ini saja."Biasalah dekat media sosial semua orang boleh cuba sekarang, cuma kita tak percaya sangat. Tapi kalau Allah kata jodoh jumpa dekat media sosial, kita nak cakap apa kan," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie bongkar kisah hadiah kereta dan rumah milik bersama Nubhan - “Agaknya kahwin pun content”ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie bakal ambil tindakan undang-undang, Nubhan tiada hak pecah masuk rumah… Bakal buat laporan polis esok!Tambahnya lagi, dia tidak pernah serik untuk kembali berumah tangga namun lebih berhati-hati dalam mencari pasangan kerana pengalaman lalu.Pun begitu, Dr Fie memberitahu kerjaya dan kebahagiaan anak-anak menjadi yang paling utama pada ketika ini."Bila pernah berpisah saya cuma lebih berhati-hati sebab kita pernah ada pengalaman, tapi tak adalah rasa macam tak nak langsung.Dr Fie mahu fokus pada anak-anak dan kerjaya dulu."Buat masa sekarang tiada lagi. Saya sibuk memberi fokus kepada kerjaya dan perniagaan saya. Sebab ramai yang mula bertanya sama ada saya masih doktor gigi atau tidak sebab sekarang muka saya sering ada di media sosial," kongsinya.Untuk rekod, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan Nubhan pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube