suria

Dr Fie bakal ambil tindakan undang-undang, Nubhan tiada hak pecah masuk rumah… Bakal buat laporan polis esok!

Akberdin (kiri) tampil beri kenyataan bagi pihak Dr Afifah.

PEGUAM syarie yang mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suami iaitu penyanyi Nubhan Ahmad susulan dakwaan memecah masuk kediaman dan mengeluarkan barangan tanpa kebenaran. 

Menurut Akberdin, tindakan berkenaan jelas melanggar peruntukan undang-undang Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik yang melarang mana-mana pihak termasuk pemilik harta untuk memasuki atau mengambil alih harta tak alih tanpa perintah mahkamah.

“Dr Fie akan ambil tindakan sivil untuk ganti rugi kerana dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Dia tak boleh suka-suka pecah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran walaupun rumah itu secara jelas miliknya.

Dr Afifah dakwa Nubhan bertindak tanpa persetujuan. 

"Sepatutnya dia perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Lagipun dia tahu bekas isterinya itu sedang tuntut harta sepencarian di mahkamah.

"Sepatutnya dia kena benarkan bekas isteri dan anak-anak terus tinggal di situ sehingga mahkamah buat keputusan. Selepas ini anak-anak nak tinggal di mana?,” katanya kepada mStar.

Akberdin berkata, tindakan Nubhan yang didakwa memasuki rumah berkenaan ketika Dr Fie berada di luar negara serta mengeluarkan barangan peribadi dan menukar kunci kediaman disifatkan sebagai satu pelanggaran undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan mahu elak pergaduhan, pilih keluarkan barang ketika Dr Fie di luar negara… Dakwa temui perkara langgar undang-undang 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dakwaan barang dicampak tidak benar dan fitnah” - Peguam Nubhan

“Walaupun rumah itu atas nama Nubhan, dia tak boleh suka-suka keluarkan barang. Kena ikut undang-undang.

“Dia tahu Dr Fie sedang bercuti, dia pandai-pandai masuk rumah selepas rampas telefon pembantu rumah. Dia tak bagi untuk hubungi klien saya.

"Selepas kumpulkan segala barang bekas isterinya, baru dia bagi telefon itu semula,” katanya.

Dalam pada itu, Akberdin berkata anak guamnya yang juga dikenali sebagai Dr Fie, 35, akan membuat laporan polis sebaik pulang ke tanah air, esok.

Dr Afifah tidak menyangka dengan tindakan Nubhan. 

Sebelum ini, Dr Afifah meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mendakwa barangan peribadi miliknya bersama anak-anak dikeluarkan dari kediaman mereka tanpa pengetahuan serta persetujuan. 

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berada di luar negara, sekali gus membuatkan dirinya terkejut dan terkilan dengan tindakan bekas suami yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille,3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain