suria

“Saya dah penat dengan elemen surprise ini” - Dr Fie masih tak boleh hadam, dakwa Nubhan tak fikir nasib anak-anak

Dr Afifah (kanan) tiada masalah untuk berjumpa Nubhan.

BAGAIKAN hilang kata-kata, bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tidak menyangka apabila penyanyi itu tergamak membawa keluar barangan peribadi tanpa kebenaran di rumah yang didiaminya bersama anak-anak. 

Lebih teruk Dr Afifah berkata, perbuatan itu seolah-olah tidak memikirkan nasib anak-anak.

“Saya tak tahu nak cakap apa bila melihat Ahmad Nubhan yang juga bapa kepada anak-anak saya.

Dunia hiburan kecoh apabila Dr Fie mendakwa Nubhan melakukan tindakan tanpa berbincang. 

“Saya sendiri susah nak hadam,” katanya kepada mStar.

Dr Afifah yang kini sedang bercuti bagaimanapun menyerahkan segala urusan kepada peguam syarie yang dilantik untuk berhubung dengan Nubhan.

Kata Dr Afifah, bekas suaminya itu juga mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak memberi sebarang respons apabila dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie bakal ambil tindakan undang-undang, Nubhan tiada hak pecah masuk rumah… Bakal buat laporan polis esok! 

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan dah bagi tempoh, mahu diami rumah dibeli… Anak-anak bebas untuk keluar dan masuk… “Saya sedia tanggung kos sewaan kediaman untuk bekas isteri”

Dr Afifah atau mesra dengan panggilan Dr Fie turut terkejut dengan kenyataan Nubhan yang memberitahu enggan bersemuka dengannya kerana 

tidak mahu bergaduh.

“Katanya nak berkawan demi anak-anak, tiba-tiba cakap kalau jumpa boleh bawa gaduh. Cubalah ada adab datang jumpa saya. Tiadalah pergaduhan.

Dr Fie tidak menyangka Nubhan tergamak melakukan sesuatu di luar jangkaan. 

“Saya dah penat dengan elemen ‘surprise’ ini. Sebelum ini jumpa anak pun tak beri notis. Saya bukan isteri dia lagi nak buat ‘sweet’, beri kejutan,” luahnya.

Sejak malam Isnin, kecoh di media sosial  mengenai kenyataan Dr Afifah yang mendakwa Nubhan mengeluarkan barang-barang miliknya ketika dia sedang bercuti di Vietnam.

Nubhan dalam satu kenyataan menerusi peguamnya memberitahu dia telah memberi tempoh sehingga habis idah untuk tinggal di rumah yang dibelinya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain