PEGUAM yang mewakili Nubhan iaitu Mohd Redzuan Ramli memaklumkan terdapat persetujuan antara anak guamnya dan bekas isteri berhubung tempoh menetap di kediaman berkenaan.
Menurut Mohd Redzuan, Nubhan sebelum ini membenarkan bekas isterinya itu untuk terus tinggal di rumah tersebut sehingga tamat tempoh iddah.
Jelasnya, selepas tempoh itu telah berakhir, Nubhan berhasrat untuk kembali menetap di kediaman berkenaan memandangkan rumah tersebut dibeli atas namanya sendiri.

Dr Afifah sebelum ini mendedahkan barang milik peribadinya di hantar ke rumah ibunya.
“Anak guam saya memang ada menyuarakan hasrat untuk kembali menetap di rumah itu. Daripada sudut undang-undang, tiada sebarang kesalahan kerana kediaman tersebut adalah miliknya.
“Namun, saya menasihatkan perkara ini dilakukan secara baik dan berhemah,” katanya kepada mStar.
Mohd Redzuan turut menjelaskan anak guamnya tidak pernah culas dalam membuat bayaran penuh bagi rumah berkenaan walaupun ketika rumah tangga mereka sedang bergolak.
“Sehingga kini, anak guam saya masih menanggung sepenuhnya bayaran rumah tersebut termasuk bil utiliti,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan mahu elak pergaduhan, pilih keluarkan barang ketika Dr Fie di luar negara… Dakwa temui perkara langgar undang-undang
ARTIKEL BERKAITAN: “Dakwaan barang dicampak tidak benar dan fitnah” - Peguam Nubhan
Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata Nubhan juga bersedia menyediakan dan menanggung kos sewaan rumah lain bagi memastikan kebajikan anak-anak serta bekas isteri terus terjaga.
Tambahnya, anak-anak Nubhan bagaimanapun diberikan kebebasan untuk keluar masuk kediaman tersebut tanpa sebarang sekatan.
“Anak guam saya sanggup menanggung kos sewaan rumah sekiranya anak-anak ingin tinggal bersama bekas isteri.
Perkara ini dilakukan secara baik dan berhemah.
MOHD REDZUAN
PEGUAM SYARIE
“Manakala, anak-anak bebas untuk keluar masuk rumah tersebut pada bila-bila masa,” katanya lagi.
Sebelum ini, Dr Afifah meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mendakwa barangan peribadi miliknya bersama anak-anak dikeluarkan dari kediaman mereka tanpa pengetahuan serta persetujuan.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berada di luar negara, sekali gus membuatkan dirinya terkejut dan terkilan dengan tindakan bekas suami yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

Nubhan dan Dr Afifah miliki tiga cahaya mata bersama.
Lebih teruk lagi dia juga mendedahkan pemberian Nubhan seperti rumah dan klinik sebelum ini hanyalah untuk dijadikan sebagai kandungan media sosial.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille,3.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


