SUSULAN tindakan penyanyi Nubhan yang mengeluarkan barang peribadi milik bekas isteri bersama anak-anak daripada kediaman tanpa pengetahuan nyata telah mengundang rasa amarah netizen.
Terbaharu satu gerakan memboikot penyanyi itu dikatakan semain rancak dilakukan termasuk berharap Nubhan dikeluarkan daripada program realiti. Gegar Vaganza 12 (GV12).
Ramai berpendapat Nubhan bersifat kejam terhadap Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek bersama tiga anak memandangkan mereka ketika ini sedang bercuti di luar negara.

Antara hantaran yang dibuat netizen di Thread.
"Tolong aku tak nak tengok muka Nubhan dekat televisyen. Sudahlah semalam tunjuk muka perempuan mana kata kawan kampung. Terang-terang melampau!
"Boleh tolong keluarkan Nubhan itu. Dia tak layak jadi artis lagi. Tolong singkirkan dari semua program yang ada sekali pun, sumpah jahat!
"Kami tak nak dia juara, orang yang tiada akhlak, kejam, tiada hati perut jangan nak angkat jadi juara GV!
"Macam ini pilih jadi pemenang? Ada wanita yang ditindas. Jangan jadi enabler!," antara hantaran netizen yang ditinggalkan di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kejam kamu, Nubhan” — Dr Afifah dakwa barang peribadi dicampak tanpa izin, pemberian rumah dan klinik hanya ‘content’
ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan digelar ‘gila’, Dr Afifah berang bibik cium anak lelaki di bibir… “Walaupun pernah jaga dari kecil tetap tak boleh diterima”
Tidak hanya itu, akaun Instagram Nubhan turut diserang netizen yang rata-rata tidak dapat menahan amarah terhadap perbuatan penyanyi itu.
Mereka juga mengasak Nubhan untuk tampil memberi penjelasan berhubung isu yang sedang hangat ini.
Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Nubhan mengenai isu tersebut tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Sebelum ini, Dr Afifah meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mendakwa barangan peribadi miliknya bersama anak-anak dikeluarkan dari kediaman mereka tanpa pengetahuan serta persetujuan.

Nubhan dan Dr Afifah sah bercerai talak dua pada awal Disember lalu.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berada di luar negara, sekali gus membuatkan dirinya terkejut dan terkilan dengan tindakan bekas suami yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.
Lebih teruk lagi dia juga mendedahkan pemberian Nubhan seperti rumah dan klinik sebelum ini hanyalah untuk dijadikan sebagai kandungan media sosial.
Untuk rekod, mereka ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille,3.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


