suria

Mawar Rashid beri ‘hint’ raya sedondon dengan jejaka misteri, tunggu masa sesuai untuk kongsi

Mawar (kanan) teruja bakal beraya sedondon dengan jejaka pilihan hati.

PELAKON Mawar Rashid seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang jejaka istimewa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, berkata dia teruja untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi kerana ingin berpakaian sedondon.

"Saya rasa raya tahun ini akan menjadi lebih istimewa, berpasangan dengan pakaian sedondon," katanya.

Mawar akan berkongsi berita gembira pada waktu yang sesuai.

Dalam perkongsian tersebut, Mawar turut berkongsi gambar bersama seorang lelaki namun menutup wajahnya dengan emoji.

Foto tersebut dipercayai diambil di kawasan perkampungan dan mereka dilihat menggayakan pakaian tradisional sedondon.

Bagaimanapun, ketika dihubungi mStar, Mawar enggan mengulas lanjut berkenaan kisah peribadinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid buka mulut gosip bakal kahwin jejaka Brunei

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid selesa dengan Alfie Zumi… “Ramai ingat dia kekasih saya”

Dia bagaimanapun memberitahu akan berkongsi lebih lanjut apabila sudah bersedia.

"Nanti dah tiba masa, Mawar akan maklumkan," ujarnya ringkas.

Untuk rekod, Mawar pernah berkahwin dengan usahawan Raden Muhammad Rafael pada November 2017 sebelum sah bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 5, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain