suria

Mawar Rashid buka mulut gosip bakal kahwin jejaka Brunei

Mawar nafi bakal bernikah dengan lelaki Brunei.

PELAKON Mawar Rashid menepis khabar angin yang mendakwa kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka berasal dari Brunei.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid,31, berkata, dia terkejut apabila namanya terpalit dengan gosip tersebut. 

“Comelnya orang yang sebarkan cerita ni. Ya Allah, daripada mana dapat info ini? Mawar pun tak pernah tahu.

Mawar terkejut apabila namanya terpalit dengan kontroversi bakal berkahwin.

“Kalau Mawar sendiri tak tahu, macam mana Mawar nak jawab?” katanya kepada mStar.

Menurut Mawar, kekeliruan tersebut dipercayai timbul susulan ibunya, Marineei Abdullah yang baru mendirikan rumah tangga dengan lelaki Brunei pada tahun 2024, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

“Mungkin orang salah faham sebab mama Mawar baru kahwin dengan orang Brunei.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid selesa dengan Alfie Zumi… “Ramai ingat dia kekasih saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid kerja kedai baju sebelum sertai Dewi Remaja, masih ingat artis popular datang minta nombor

“Jadi mungkin orang ingat Mawar pula. Hakikatnya bukan Mawar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu fokus utamanya kini adalah anak-anak dan belum terdetik hati untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. 

“Sekarang Mawar memang fokus dekat anak-anak. Itu keutamaan Mawar sekarang,” luahnya.

Mungkin orang salah faham sebab mama Mawar baru kahwin dengan orang Brunei.

MAWAR RASHID

PELAKON

Mawar yang ditemui pada majlis Pre Buffet Nikmat Iftar Ramadan di Restoran Tiffin 55 pada Sabtu berkata, rutin hariannya kini mula berubah selepas anak sulungnya, Rafael Raden Ahmad melangkah ke alam persekolahan tahun satu.

“Bangun awal pagi, hantar anak ke sekolah, lepas itu sambung sekolah agama pula. Memang sibuk dan perlu ulang-alik ambil anak.  

“Awal-awal memang nervous, tapi Alhamdulillah sekarang dah hampir sebulan dan semuanya okey,” luahnya.

Sebelum ini timbul gosip mengenai seorang selebriti berstatus ibu tunggal bakal kembali bergelar isteri dengan jejaka berasal dari Brunei.

Difahamkan hubungan mereka sudah mendapat restu kedua-dua belah keluarga dan dikatakan sedang menghitung hari ke hari bahagia. 

Mawar (dua dari kiri) bersama tiga cahaya matanya.

Untuk rekod, Mawar Rashid pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Raden Muhammad Rafael pada November 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Rafael Raden Ahmad, Raisa Raden Ahmad dan Rian Raden Ahmad.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai pada November 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain