SUDAH lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan sebuah drama pendek berjudul 'Abah Aku Jaga' dalam masa terdekat.Aliff, 39, berkata karya itu dihasilkan sebagai refleksi diri selain mengenang kembali sikap biadab terhadap arwah bapanya, Kamarzaman yang masih segar dalam ingatan sehingga kini. “Ada satu babak seorang bapa menghantar anaknya ke sekolah dengan motosikal. Anak itu marah dan malu kerana menganggap pekerjaan bapanya sebagai pengawal keselamatan memalukan.Drama pendek Aliff penuh dengan kisah emosi."Bila saya imbas kembali, sikap saya ketika itu memang biadab,” katanya kepada mStar.Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Pembukaan Wisma D’Herbs di Petaling Jaya, Selangor.Menurut Aliff, menerusi drama pendek itu, dia mahu mengangkat keagungan seorang ayah yang membesarkan anak dengan penuh pengorbanan sehingga anak itu berjaya dalam kehidupan.“Menerusi cerita ini, saya mahu mengangkat kisah seorang abah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun masih mampu membesarkan anaknya hingga menjadi Aliff Syukri,” jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri simpan hasrat ‘lamar’ Siti Nurhaliza, sedar tak mampu bayar Biduanita Negara sebagai dutaARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri malu Shahida jarang pakai emas, risau persepsi orang kampung... “Hebatnya suami apabila isteri disaluti barang kemas”Tambahnya, drama pendek tersebut dihasilkan secara realistik tanpa mementingkan rupa paras pelakon semata-mata, sebaliknya menitikberatkan penyampaian cerita yang jujur.“Saya tidak mencari pelakon yang kacak. Saya sudah beritahu pengarah supaya cerita ini perlu disampaikan secara jujur dari awal hingga akhir,” luahnya.Aliff juga berkata, sekiranya Abah Aku Jaga menerima sambutan luar biasa, dia tidak menolak kemungkinan untuk mengangkat kisah itu ke layar perak. Nak hasilkan filem mengenai kisah cinta bersama isteri pulaALIFF SYUKRIUSAHAWANTegasnya, drama pendek itu bukan bertujuan untuk mempromosikan perniagaannya, sebaliknya menyampaikan mesej dan kisah kehidupan sebenar.Drama pendek berkenaan bakal ditayangkan di platform YouTube dengan durasi sekitar tujuh hingga 10 minit, selain mengambil inspirasi daripada iklan jenama besar yang menyentuh emosi.“Kalau short film ini berjaya dan memberi impak besar, saya mungkin akan kembangkan dalam bentuk filem. Saya tak mahu orang kata saya buat cerita syok sendiri. "Tetapi jika ia bermanfaat, saya nak hasilkan filem mengenai kisah cinta bersama isteri pula” ujarnya.Rancang hasilkan filem kisah cinta bersama isteri.Aliff berkata, dia berani melaburkan wang sendiri bagi menjayakan projek tersebut bukan untuk meraih keuntungan, sebaliknya sebagai usaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang perjalanan hidupnya.Dalam masa sama, Aliff berkata drama tersebut turut didedikasikan kepada golongan yang sering dipandang rendah oleh masyarakat.“Ramai kata saya ‘sangkak miskin’ kerana terlalu kuat berniaga, tetapi orang tidak tahu saya pernah jual nasi lemak di tepi jalan dan pergi dari rumah ke rumah. " Cerita ini bukan untuk menjual apa-apa produk. Ia hanyalah sebuah kisah,” katanya. Jadilah sebahagian daripa da geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube