SIAPA sangka di sebalik kemesraan keluarga yang sering ditonjolkan, pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly sebenarnya menyimpan kisah silam yang jarang diketahui ramai.Menerusi satu video tular di TikTok, Sheila, 55, mendedahkan dia berasal daripada keluarga yang berpecah belah, sekali gus membuatkan dirinya bertekad untuk menjaga hubungan kekeluargaan dengan sebaik mungkin, khususnya melibatkan anak, menantu dan cucunya. Menurut Sheila, pengalaman hidup membesar dalam ‘broken family’ menjadikannya seorang yang sangat sensitif apabila melibatkan isu keluarga.Elisya dan Sheila tak dapat menahan sebak berkongsi kisah keakraban mereka.“Sis memang kalau fasal anak-anak, menantu dan cucu memang sangat sensitif sebab sis datang daripada keluarga broken.“Bila datang daripada keluarga broken ini, sebaik-baiknya sis akan jaga keluarga sis supaya anak-anak, menantu dan cucu sis tidak lalui fasa kehidupan yang sama daripada kecil sampai sis dah berumur macam ini,” katanya dalam satu video temu bual bersama jenama produk kesihatan, Inayah Beauty. Tambah Sheila, walaupun dirinya bukan wanita yang sempurna, dia sentiasa berusaha memberikan yang terbaik demi kebahagiaan keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly turun rewang kenduri keluarga besan, netizen puji sikap rendah diriARTIKEL BERKAITAN: Persepsi Sheila Rusly garang salah, Elisya Sandha beruntung dapat ibu mentua penyayang“Sis taklah kata sis sempurna, tapi sis buat di tahap terbaik. Sis gembira bila tengok anak-anak dan menantu sis gembira,” luahnya yang gagal menahan air mata. Sementara itu, menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha meluahkan rasa syukur dikurniakan ibu mentua yang dapat menerimanya seperti anak sendiri.Malah dia menyifatkan Sheila sebagai ibu mentua yang sempurna sekali gus menjadi idaman ramai wanita. “Saya tak pernah sangka dapat rezeki mak mentua yang sangat baik dan memahami. Ini adalah idaman semua wanita di luar sana, dilayan macam anak sendiri. “Mak mentua saya tak pernah buat saya rasa macam orang luar. Susah nak digambarkan dengan kata-kata sebab pada saya, dia sangat sempurna,” katanya yang turut menangis dalam video tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube