suria

Sheila Rusly turun rewang kenduri keluarga besan, netizen puji sikap rendah diri

Sheila tidak kekok untuk memasak di acara rewang kenduri kampung.

TINDAKAN penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly yang sanggup turun padang membantu memasak di kenduri anak saudara menantunya, Elisya Sandha di kampung menerima pujian netizen.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Sheila, 55, dilihat tidak kekok menyertai aktiviti rewang bersama penduduk kampung, sekali gus memperlihatkan keakraban serta hubungan yang erat antara dua buah keluarga besan itu. 

Sikap rendah diri dan semangat Sheila untuk bergotong-royong di majlis kenduri itu membuatkan ramai netizen berasa kagum dan tersentuh.

Sheila (kiri) turun padang membantu acara rewang kenduri kahwin anak saudara Elisya (dua dari kiri).

"Saya memang sangat idolakan sis (panggilan Sheila) sekeluarga. Tengoklah dia sekeluarga turun padang pergi tolong rewang keluarga besan (keluarga Elisya). Bertuah Sheila Rusli yang masak. 

"Gotong-royong di kenduri besan. Gembira dapat jadi saksi hubungan ukhuwah dan kasih sayang mereka. 

"Masya-Allah suka tengok sis ni. Hidup seimbang antara jadi warga bandar dan kampung. Tak kisah nak tolong saudara," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Persepsi Sheila Rusly garang salah, Elisya Sandha beruntung dapat ibu mentua penyayang

ARTIKEL BERKAITAN: Untung Elisya Sandha dapat ibu mentua pandai memasak… Sheila Rusly terus terang jika masakan menantu tak sedap!

Dalam hantaran tersebut, Sheila turut memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang bergotong-royong memasak bersama ahli keluarga dan sanak saudara di kampung.

Mengulas secara berseloroh tentang pengalamannya itu, Sheila turut meninggalkan komen yang mencuit hati apabila berharap mendapat banyak lagi jemputan memasak kenduri perkahwinan selepas ini.

"Moga 2026 sis dapat banyak lagi jemputan masak untuk orang kahwin," ujarnya berseloroh. 

Untuk info, Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 27, bernikah dengan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy pada Ogos 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain