PELAKON Amy Nur Tinie mendedahkan pernah menerima tawaran seorang individu kenamaan (VVIP) yang ingin menjadikannya sebagai isteri ketiga serta menawarkan ganjaran harta dan kemewahan. Tinie atau Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 30, berkata tawaran tersebut termasuk sebuah banglo, tanah seluas 10 ekar, sebuah kereta serta elaun bulanan sebanyak RM50,000. Bagaimanapun Tinie menegaskan dia sama sekali tidak tergoda dengan kemewahan yang ditawarkan itu. "Ada satu ketika seorang VVIP beri tawaran untuk saya jadi isteri nombor tiga. Dia akan bagi saya sebuah banglo, tanah 10 ekar, sebuah kereta dan elaun sebulan berjumlah RM50,000. Tinie membuat pendedahan menerusi temu bual audio siar Sembang Seram."Tapi jadi isteri nombor tiga dan saya tidak mahu. Lelaki itu sebaya bapa saya. Kita bangun pagi bukan tengok duit dia dulu, tapi tengok muka dia dulu. "Kalau saya bangun tengok muka dia, Allah saya tidur balik. Elok-elok saya nak cakap good morning sayang, terus tak jadi," katanya. Tinie berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual audio siar Sembang Seram yang dimuat naik di saluran YouTube. Menurut Tinie, dia menolak tawaran tersebut kerana lelaki tersebut tidak menepati apa yang diimpikannya dalam sebuah perkahwinan.ARTIKEL BERKAITAN: Aktres jaja cerita buruk, Amy Nur Tinie tak teragak-agak dedah namanyaARTIKEL BERKAITAN: Gambar bikini Amy Nur Tinie bikin kecoh, rupanya ‘throwback’ ketika pertandingan ratu cantik di Mesir Kata aktres berkenaan, dia percaya rezeki boleh dicari dengan cara lain yang lebih bermaruah."Kalau handsome macam Hrithik Roshan saya okaylah, kira sedap juga mata memandang. Ini kalau dah rupa datuk taknaklah."Kalau saya fikir nak hidup senang memang boleh sangat tapi biarlah saya guna tulang empat kerat ini untuk bekerja. Tinie tidak memilih jalan singkat untuk kaya. "Lagipun saya menampung keluarga, jadi biarlah saya beri duit dengan cara betul kepada mereka. Walaupun kahwin itu halal tetapi biarlah ada cara lain untuk kita dapat duit," ujarnya. Tambah Tinie, salah satu faktor dia masih bujang kerana belum menemui lelaki yang menepati cita rasanya. "Sebab itu saya single. Kalau tak dapat kaya sangat pun tak mengapa janji dia (suami) bertanggungjawab dan stabil (kewangan). "Tapi kalau dia memang kaya kira bonuslah," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube