PELAKON Rita Rudaini tidak dapat menahan sebak apabila akhirnya berjaya menunaikan janji untuk membawa dua anaknya menikmati pengalaman lawatan ke Stadium Emirates, London.Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata momen tersebut cukup bermakna buat dirinya dan berharap Airit Rayyan Rizqin, 17, dan Airit Qaqa Arjuna, 15, menjadi anak yang baik. "Akhirnya mommy (panggilan Rita) dapat tunaikan janji pada anak-anak untuk stadium tour. Dah lama mereka teringin. Anak-anak Rita teruja dapat menikmati momen di Stadium Emirates."Mommy cakap jadi anak-anak yang baik, insya-Allah Tuhan bantu dan permudahkan setiap keinginan kamu," katanya. Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis. Dalam hantaran berkenaan, Rita turut memuat naik sebuah video yang memaparkan keterujaan anak-anaknya itu ketika menikmati lawatan di stadium tersebut, termasuk merakam foto kenangan di beberapa lokasi menarik.ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini dakwa bekas suami tak jujur, tiada usaha hubungi dan jumpa anak-anak… “Mahkamah dah beri kebenaran, kenapa tak datang”ARTIKEL BERKAITAN: Individu ‘back up’ Aidil Zafuan tak culas bayar nafkah, Rita Rudaini rayu bekas suami tunjuk resit… “Semua nak tengok yang berhutang skip bayar berapa bulan?”"Di sinilah kita, sila nikmati saat ini. Mommy sebak," ujarnya. Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 namun sah bercerai pada 2013.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Rayyan, 17, dan Arjuna yang kini berusia 15 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube