PENYANYI Sammy Simorangkir tidak menolak sekiranya menerima tawaran untuk menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza (GV) pada masa akan datang.Kata Sammy atau Hendra Samuel Simorangkir, 43, meskipun tidak mempunyai pengalaman luas sebagai peserta dalam program realiti, namun peluang tersebut dianggap sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. "Kalau ada tawaran saya mahu, tapi saya tak pernah masuk sebarang pertandingan. Sammy teruja sekiranya menerima tawaran penyertaan di program realiti."Dulu sebelum memulakan karier sebagai anak seni, 25 tahun lalu saya pernah masuk Indonesian Idol. Itu pun saya tarik diri kerana lebih memilih untuk main game. "Jadi kalau ada kesempatan untuk masuk Gegar Vaganza, boleh juga mesti seronok kan," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, bekas vokalis kumpulan Kerispatih itu berpendapat penyertaan dalam program realiti tidak seharusnya dianggap sebagai langkah menurunkan martabat seseorang artis.ARTIKEL BERKAITAN: Sammy Simorangkir imbau perjalanan seni menerusi konsert solo pertama, teruja rai peminat di KLARTIKEL BERKAITAN: Badan ‘ketul-ketul’ Ruri Repvlik sering curi tumpuan, kisah ibu bapa jadi pendorong amalkan senamanSammy turut melihat Gegar Vaganza sebagai platform yang membuka peluang besar kepada penyanyi Indonesia untuk bergaul dan berinteraksi dengan peserta dari negara lain, sekali gus memperluaskan pengaruh mereka di Malaysia."Saya tak rasa masuk mana-mana program realiti menjatuhkan tahap (downgrade) seorang artis itu. Penyertaan ini sekadar untuk keseronokan. "Kami (penyanyi Indonesia) pun boleh bergaul dengan peserta dari negara lain. Ini merupakan satu peluang luar biasa apatah lagi kami boleh dikenali lebih ramai peminat di Malaysia. "Jadi bagi saya tiada istilah downgrade kerana ketika saya menyanyi, kita bersaing dengan diri sendiri. Sama ada saya dapat mengalahkan ketakutan di atas pentas atau tidak," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube