suria

Badan ‘ketul-ketul’ Ruri Repvlik sering curi tumpuan, kisah ibu bapa jadi pendorong amalkan senaman

Ruri mula aktif bersukan di gim sejak lima tahun lalu.

KESIHATAN kedua-dua ibu bapanya yang menghidap diabetes menjadi pendorong buat penyanyi Ruri mula mengamalkan gaya hidup sihat sejak lima tahun lalun. 

Cuba mengelak mengalami masalah sama, Ruri atau Ruri Herdian Wantogia, 44, menjalani rutin senaman yang cukup ketat dalam usaha untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan.

Disebabkan itu juga, susuk tubuh vokalis kumpulan Repvlik ini mula menjadi sasa dan sering mencuri tumpuan peminat. 

Ruri sangat menjaga kesihatannya dengan bersenam.

"Saya mula aktif bersenam di gim sejak lima tahun lalu. Puncanya, kedua-dua orang tua saya menghidap diabetes. 

"Jadi, bila melihat mereka sakit, ia membuatkan saya bertekad untuk tidak mengalami nasib yang sama. 

"Ini menjadi sebab utama saya menjaga kesihatan dengan lebih serius sekarang," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Ruri akan memulakan jadual harian seawal pukul pagi setiap hari dengan melakukan aktiviti senaman. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau di Indonesia, sudah biasa” – Ruri Repvblik hormat undang-undang Malaysia, janji tak buka baju atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka jual buah duku tepi jalan, rupanya Ruri Repvblik tolong promosi bisnes kawan

Bukan itu sahaja, aspek pemakanan untuk menjadi perkara penting buat Ruri agar kesihatan sentiasa di tahap baik. 

"Saya memang aktif bersukan dan sering bersenam di gim, itu ibarat rutin harianlah untuk saya. 

"Biasanya, setiap pagi selepas bangun tidur dan sarapan, saya akan terus ke gim untuk bersenam, selalunya sekitar jam 7 pagi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain